Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telefon bimbit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja?1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 
2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 
3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu  diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
Tatabahasa14.05.2020
Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. Adi tidak mahu beri balik telefon bimbit Budi. 2. Adi tidak mahu bagi balik telefon bimbit Budi. 3. Adi tidak mahu kasi balik telefon bimbit Budi. 4. Ana melihat papan tanda yang melarang orang ramai daripada membuang sampah sembarangan. 5. Ana melihat papan tanda melarang membuang sampah sembarangan. 6. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.

Ayat yang betul seperti yang berikut:

  1. Adi tidak mahu memberikan semula telefon bimbit Budi.
  2. Ana melihat papan tanda larangan membuang sampah sembarangan.

Tatabahasa18.10.2022
berikan saya contoh karangan bagi keburukan penggunaan telefon bimbit.

 Sila rujuk bahan ini terima kasih :

Sains di sebalik telefon bimbit | Saharil Hasrin Sanin | Dewan Kosmik | 01/03/2007

Teknologi telefon bimbit bergerak sepantas kilat | Faizah Faiz | Dewan Siswa | 01/09/2007

Lain-lain31.07.2008
mohon bantuan berkaitan perkara berikut : 1. Telefon Bimbit - sebuah atau seunitPenjodoh bilangan yang betul ialah sebuah telefon bimbit.Tatabahasa11.11.2014
Bolehkah 'ia' digunakan atas 'telefon bimbit', 'pen', 'meja'?Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ia merupakan kata ganti diri ketiga. Kami menasihati supaya menggunakan buku tatabahasa dewan sebagai panduan.


Dalam ayat, perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan seperti telefon bimbit, pen atau meja. Contoh:
1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin.
 2.) Farid membeli telefon bimbit baru. Telefon bimbit itu berjenama Nokia.
Tatabahasa05.05.2013
Salam, Apakah perkataan handfon boleh digunakan sebagai pengganti istilah telefon bimbit? Sekian terima kasih!Tidak boleh. Padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan Handphone ialah Telefon Bimbit.Tatabahasa06.07.2020
Terima kasih atas jawan sdr. Apakah penjodoh bilangan utk topi, cangkul, telefon bimbit, dan pinggan? biji atau buah?TQPenjodoh bilangan bagi topi, telefon bimbit dan pinggan ialah buah manakala bagi cangkul ialah batang.Tatabahasa07.12.2007
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan untuk kategori pengguna telefon bimbit dalam konteks ayat berikut : We established four categories of users; casual user, regular user, at-risk user and problematic user. (2) Adakah betul konteks penggunaan perkataan bagi kategori pengguna telefon bimbit iaitu 'pengguna sekali sekala, pengguna biasa, pengguna berisiko dan pengguna bermasalah'?Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris seperti cadangan di bawah:

Casual user: Pengguna biasa
Regular user:Pengguna tetap
At-risk user:Pengguna berisiko
Problematic user:Pengguna bermasalah

Wala bagaimanapun, cadangan perkataan bergantung kepada kesesuaian ayat dan konteks penggunaan.
Makna03.07.2020
Salam sejahtera, saya ingin mohon perhatian kepada pautan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=karies&d=175768& di mana nama dan nombor telefon bimbit saya turut termasuk dalam "Khidmat Nasihat". Saya mohon jasa baik agar nama dan nombor telefon bimbit saya digugurkan sekiranya dibenarkan. Sekian, terima kasih.Pihak kami ambil maklum atas permintaan pihak tuan. Lain-lain25.12.2020
Telefon bimbit saya bermula. Ayat ini betul ke?Ayat tersebut kurang tepat dari segi nahu.Tatabahasa20.10.2023
12345

Kembali ke atas