Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : telefon mudah alih tanpa wayar yg berfungsi dgn menggunakan isyarat gelombang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telefon bimbit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nomophobiafobia tanpa telefon bimbit / nomofobiaPsikologiTiadaPerasaan takut, gelisah atau kalut yang berlaku pada seseorang tanpa telefon bimbit yang boleh membawa kesan dalam kehidupan harian mereka.
handphonetelefon bimbitSosiologiTiadaTelefon tanpa wayar yang mudah dibawa.
e-wastee-buangan/e-sisaAlam SekitarTiadaBuangan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa secara berjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar.
wireless application protocol (WAP)protokol aplikasi wayarles (WAP)Teknologi MaklumatPerisianProtokol piawaian antarabangsa terbuka bagi lapisan aplikasi komunikasi rangkaian yang digunakan dalam persekitaran komunikasi wayarles. Kegunaan utama protokol ini adalah untuk membolehkan capaian pada web bergerak daripada telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA). Walaupun pelayar WAP menyediakan kesemua perkhidmatan asas bagi pelayar web berasaskan komputer, tetapi disebabkan kekangan saiz skrin paparan telefon bimbit yang kecil, perkhidmatan tersebut disediakan dalam bentuk yang lebih mudah. Laman web dalam protokol WAP ditulis dalam bentuk bahasa tandaan wayarles (WML) dan dicapai melalui pelayar WAP. Contoh perkhidmatan WAP ialah e-mel, muat turun muzik dan melayar laman web.
wireless markup language (WML)bahasa penanda wayarles (WML)Teknologi MaklumatPerisianBahasa tandaan berasaskan XML yang digunakan bagi kesemua peranti yang mempunyai spesifikasi WAP. Kebanyakan bahasa ini digunakan dalam telefon bimbit dan PDA. Bahasa ini dipopularkan oleh Erricson pada 1998 dengan versi pertama WML1.1. Kemudian, diikuti dengan versi kedua WML1.2. Contoh WML adalah seperti yang berikut:

Ini adalah sampel laman WML.

jammingpenyesakanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerGangguan penghantaran komunikasi dengan cara menyesakkan rangkaian komunikasi yang menyebabkan penafian khidmat. Pengguna tidak dapat membuat atau menerima panggilan dalam tempoh penyesakan. Contohnya, penyesakan telefon bimbit.
impact loading safebeban hentaman selamatKejuruteraanKejuruteraan MekanikHentakan atau kejutan yang terhasil daripada pecutan maksimum peralatan, kelengkapan atau mesin tanpa menyebabkan sebarang kerosakan mekanikal atau gangguan operasi mesin. Contohnya, telefon bimbit atau komputer riba yang direka bentuk supaya kalis hentak.
virtual health advisorypenasihat kesihatan mayaKesihatan AwamTiadaPerkhidmatan berbentuk nasihat kesihatan (bukan diagnosis atau rawatan pesakit) yang ditawarkan oleh pakar kesihatan keluarga atau pegawai perubatan melalui portal dengan menggunakan telefon bimbit, tablet, komputer riba dan komputer peribadi.
differentiation strategystrategi pembezaanPengurusanPerancanganPendekatan yang dipilih oleh pengurusan atasan sesebuah organisasi untuk mengatasi pesaing di pasaran dengan menonjolkan kelainan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Contoh strategi pembezaan ialah pendekatan yang dilakukan oleh syarikat telefon bimbit terulung yang mengeluarkan produk mereka menggunakan sistem operasinya yang tersendiri (iOS) berbanding dengan produk lain.
data communicationkomunikasi dataTeknologi MaklumatTiadaKaedah penghantaran dan penerimaan data digital daripada satu peranti penghantar ke peranti destinasi melalui medium penghantaran. Peranti penghantar dan penerima adalah seperti komputer, telefon bimbit dan PDA. Medium penghantaran adalah seperti kabel sepaksi, gentian optik, mikrogelombang atau frekuensi radio. Modem diperlukan jika talian telefon digunakan untuk menghantar data.
123

Kembali ke atas