Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pintar
Rujuk :pandai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada zaman ini, banyak pengeluar telefon pintar menghasilkan telefon pintar boleh lipat (fold). Boleh saya dapatkan padanan sesuai untuk "hinge" dan "crease". Boleh rujuk beberapa penulisan luar untuk memahami lebih terperinci maksud hinge dan crease yang saya maksudkan.Padanan bahasa Melayu bagi istilah hinge ialah cemat, manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah crease ialah garis. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.03.2023
telefon pintarTelefon pintar ialah istilah bahasa Melayu untuk "smartphone".Istilah31.12.2012
Apa padanan kata untuk "smart phone"? Telefon pintar atau telefon bijak?Telefon pintarIstilah16.05.2019
saya ingin tahu maksud telefon pintar

Selamat petang saudari Mila,

Di pihak kami tiada maklumat teperinci mengenai telefon pintar tetapi menurut sumber di
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar
 telefon pintar ialah telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone.

Selain itu saudari juga boleh merujuk sumber dari laman web Metro
http://www.hmetro.com.my/articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon pintar.

Makna15.10.2012
Soalan daripada pengikut Twitter DBP - "Bila @DBPMalaysia nak keluarkan aplikasi PRPM untuk telefon pintar?" Terima kasih.Aplikasi PRPM untuk telefon pintar masih dalam peringkat perbincangan. Namun begitu, encik boleh melayari laman web PRPM di http://prpm.dbp.gov.myLain-lain09.04.2018
Salam sejahtera, Adakah perkataan "transaksi" atau "urus niaga" yang sesuai digunakan sebagai terjemahan "transaction" dalam sebuah aplikasi telefon pintar? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih.Perkataan transaksi dan urus niaga digunakan dalam bidang teknologi maklumat termasuklah dalam sebuah aplikasi telefon pintar. Namun begitu, perkataan urus niaga lebih kerap digunakan.Istilah13.02.2019
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "unpaired" sesuai diterjemahkan kepada "nyahberpasangan" atau "dinyahpasangankan"? Maksud "unpaired" ialah sambungan di antara dua telefon pintar yang telah diputuskan. Frasa digunakan dalam bidang teknologi maklumat(aplikasi telefon pintar). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Menurut data pangkalan DBP, istilah unpaired yang ditemui bermaksud tak berpasangan dalam istilah fizik.  Walau bagaimanapun, berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang kami cadangkan ialah nyahpasang.Istilah25.11.2018
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "unpair" sesuai diterjemahkan kepada "nyahpasang" atau "menyahpasangankan"? Maksud "unpair" ialah percubaan untuk memisahkan/memutuskan sambungan di antara dua telefon pintar. Frasa digunakan dalam bidang teknologi maklumat(aplikasi telefon pintar). Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Menurut data pangkalan DBP, padanan istilah unpaired dalam bahasa Melayu ialah tak berpasangan yang ditemui dalam bidang fizik. Walau bagaimanapun, berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang kami cadangkan ialah nyahpasang.Istilah25.11.2018
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa "on the go"? Frasa digunakan pada aplikasi telefon pintar dan membawa maksud mudah di pakai di mana-mana sahaja. Contoh ayat: Add invoice instantly on the go. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.DBP mencadangkan frasa on the go diberikan padanan mudah alih untuk merujuk telefon pintar (alat, peranti) yang mudah digunakan di mana-mana sahaja.  
Istilah13.08.2018
"Wallpaper" yang digunakan dalam telefon pintar itu dipanggil apa dalam Bahasa Malaysia?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah hiasan latar Lain-lain16.10.2021
1234

Kembali ke atas