Tuan, frasa yang manakah betul, "suara dari peti televisyen itu" atau "suara daripada peti televisyen itu"? "Televisyen" merupakan punca suara, jadi digunakankah kata sendi nama "daripada"? Atau "televisyen" ialah punca tempat suara, jadi kata sendi nama "dari" digunakan? (Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 11, terbitan Syarikat Pelangi) | Ayat yang betul, Suara daripada peti televisyen itu. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan? 2. menonton televisyen atau menonton rancangan televisyen? 3. Kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk. ayat ini betul tak? | Mengikut data kami, frasa 1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan adalah betul dan penggunaanya mengikut konteks ayat. Ayat yang gramatis ialah menonton rancangan televisyen. Frasa kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk adalah betul. | Lain-lain | 09.02.2017 |
Mana satu istillah adalah betul ? a) rancangan realiti televisyen b) rancangan televisyen realiti c) rancangan realiti hiburan | a) rancangan realiti televisyen dan c) rancangan realiti hiburan. Kedua-dua istilah tersebut betul. | Tatabahasa | 22.03.2015 |
1. meniup api lilin Adakah frasa ini betul? 2. menonton televisyen atau menonton rancangan televisyen Yang mana satu lebih gramatis dari segi tatabahasa? | Ayat yang gramatis ialah: i) menonton rancangan televisyen ii) meniup api lilin | Tatabahasa | 23.01.2018 |
menonton televisyen bersama dengan keluarga. menonton televisyen bersama-sama dengan keluarga. ayat yang manakah betul? teeima kasih | Ayat yang betul ialah menonton televisyen bersama-sama dengan keluarga. | Tatabahasa | 19.03.2019 |
"Mereka menyaksikan pertandingan di televisyen","Mereka menyaksikan pertandingan pada televisyen". Ayat manakah yang betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Mereka menyaksikan pertandingan di televisyen" | Lain-lain | 25.10.2014 |
TUAN / PUAN Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya ATAU Kita harus memadam suis televisyen setelah selesai nemontonnya | Ayat yang gramatis ialah Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya. | Tatabahasa | 03.11.2016 |
maksud televisyen,video dan filem | Sdr. boleh membuat carian kata melalui kamus yang tersedia di laman khidmat DBP. Definisi bagi pertanyaan sdr. adalah seperti berikut; Televisyen ; proses penyiaran gambar serta bunyi menerusi udara atau kawat dgn menggunakan alat yg dpt mengubah gambar dan bunyi menjadi gelombang elektrik dan mengubahnya kembali menjadi gambar dan bunyi pd alat penerimanya. Video ; alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen). 2 = pita ~ pita bermagnet utk merakamkan filem dr televisyen dsb. 3 = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video (dpt ditayangkan di televisyen Filem ; benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi;memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee;perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~. Definisi adalah dirujuk dari Kamus Dewan. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 05.05.2008 |
Kami menonton televisyen sehingga larut malam. sehingga atau hingga- mana yang betul | 'Sehingga' dan 'hingga' dalam contoh ayat tersebut boleh digunakan kerana kedua-duanya menunjukkan sampai ke atau had. | Tatabahasa | 30.04.2008 |
soalan : bina ayat majmuk * ayah membaca surat khabar di ruang tamu. * ibu meninton televisyen di ruang tamu. dalam ayat majmuk," sementara" adakah kata hubung ini boleh diterima? ayah membaca surat khabar sementara ibu menonton televisyen di ruang tamu. | Ayat "Ayah membaca surat khabar, sementara ibu menonton televisyen di ruang tamu." boleh digunakan kerana tidak ada kesalahan. | Tatabahasa | 12.09.2017 |