Assalamualaikum, Adakah frasa "ada angin, anak bapa, angkat bahu, telinga kuali" merupakan simpulan bahasa? Terima kasih | Daripada senarai yang diberikan, hanya telinga kuali merupakan simpulan bahasa. | Tatabahasa | 10.06.2015 |
telinga kuali | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 11.08.2009 |
Assalamualaikum. Peribahasa: Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali. Maksud: Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan. Saya ingin bertanya, mengapa 'telinga tempayan' itu dikatakan membawa kepada kebaikan sedangkan maksud 'telinga tempayan' adalah orang yang tidak mahu mendengar kata? Sudilah kiranya pihak tuan menerangkan, mengapa maksud peribahasa itu begitu. Terima kasih. | Dalam pangkalan data kami tidak ada maklumat tentang sebab peribahasa tersebut diungkapkan, melainkan maksud peribahasa seperti yang puan maklumi. Carian di internet juga tidak menemukan sebarang maklumat yang berkaitan. | Makna | 01.06.2014 |
1) Adakah simpulan bahasa merupakan kata-kata yang kita warisi dari nenek moyang ataupun kata-kata yang kita boleh cipta sendiri mengikut peredaran zaman. 2) Antara kata-kata yang saya perolehi fajar menyingsing, bulan bahasa, bahasa isyarat dan bintang filem. Ada pihak mengatakan kata-kata ini merupakan simpulan bahasa. Benarkah? | Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam, telinga kuali, tangkai jering dan sebagainya. Ungkapan seperti fajar menyinsing, bulan bahasa, bahasa isyarat dan bintang filem bukan tergolong dalam simpulan bahasa. | Tatabahasa | 21.07.2010 |