Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg lekas mendengar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telinga (kata nama)
Bersinonim dengan alat pendengaran, pancaindera;,
Kata Terbitan : menelinga,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
telinga lintahorang yg lekas mendengar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
telinga I1 alat pancaindera utk mendengar (terletak di kiri kanan kepala manusia atau kepala binatang). 2 tempat memegang atau tangkai pd sesuatu yg rupanya spt telinga 1. ~ gajah telinga yg besar atau lebar. ~ kuali a. tangkai tempat memegang kuali. b. = ~ tempayan ki orang yg tidak mahu mendengar kata, nasihat dsb. ~ lintah orang yg lekas mendengar. ~ tipis orang yg lekas marah. ~ telepok layu telinga yg cantik bentuknya. mene­linga mendengar betul-betul.Kamus Pelajar Edisi Kedua
telinga I~ lintah orang yg lekas mendengar.Kamus Pelajar
tulang I1. rangka tubuh manusia (binatang) atau bahagian-bahagiannya: ~ ayam; ~ ikan; ~ dadanya retak akibat kemalangan itu; 2. ki sesuatu yg menyerupai tulang atau rangka; ~ daun urat pd daun; ~ andas salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di antara tulang rakap dgn tulang tukul; ~ ari-ari = ~ som tulang pd bahagian ari-ari; ~ air mata tulang yg nipis spt sisik terdapat pd sebelah atas rongga mata; ~ belakang a) = ~ punggung Id = ~ ula-ula tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke punggung; b) ki orang atau sesuatu yg menjadi sumber atau pusat kekuatan atau tenaga (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll); c) bahagian jilidan buku yg kelihatan apabila buku disusun di rak; ~ belikat = ~ daun = ~ dayung = ~ kipas = ~ tamparan nyamuk tulang yg berbentuk spt kipas pd belikat; ~ belulang tulang dan kulit sahaja; ~ belut sj jahitan yg umumnya terdapat pd baju teluk belanga; ~ benih Kl senjata utk membunuh; ~ bercagak = ~ pengancing tulang rahang atas dan rahang bawah; ~ bercerai = ~ berselisih = ~ tercabut = ~ tergeliat = ~ terkehel tulang yg tersalah letak (kerana terseliuh, tergeliat, dll); ~ betis a) = ~ kering tulang dr lutut hingga ke pergelangan kaki; b) tulang dr lutut hingga ke pergelangan kaki pd sebelah belakang, fibula; ~ buku bahagian belakang buku; ~ buku lali tulang yg berbonggol hampir dgn pergelangan kaki; ~ bumbung kayu yg membujur pd bum­bung rumah (utk menyangga kasau); ~ cagak = ~ pipi tulang di antara rongga mata dgn telinga; ~ caping = ~ hulu hati = ~ sudu hati tulang yg lembut pd hujung tulang dada; ~ cenak tulang yg melintang dr pangkal leher hingga ke pangkal bahu; ~ cenonot = ~ kongkeng = ~ tongkeng = ~ sulbi tulang di bawah sekali pd bahagian tulang belakang, yg terletak di punggung; ~ dada = ~ papan = ~ rimau menangis tulang yg pipih di tengah-tengah dada (tempat tulang rusuk bertemu), sternum; ~ dahi tulang pd bahagian dahi; ~ daun a) tulang belikat; b) urat pd daun; (dgn) ~ delapan kerat ki hanya tubuh sahaja; ~ empat kerat anggota badan (kaki dan tangan); ~ gigi = ~ rahang bawah tulang yg memben­tuk dagu (tempat gigi bawah melekat); ~ godok kepala tulang pd bahagian belakang tengkorak; ~ halus = ~ ketul = ~ muda = ~ rawan tulang yg lunak atau lembut; ~ hasta tulang tangan yg di sebelah dalam; ~ hitam bp sumsum; ~ kamkam tulang cagak; ~ karang tulang yg rupanya spt karang; ~ kelek buyung bahagian atas tulang pungkur; ~ kemburan tulang pd tapak tangan; ~ keng bahagian hujung tulang rahang; ~ kering tulang pd bahagian kaki di sebelah hadapan betis, tulang pd bahagian kaki dr lutut ke buku lali; ~ ketuk jari buku jari (utk meluku); ~ kucing = ~ lengan atas = ~ pangkal lengan tulang dr bahu hingga ke siku; ~ langit-langit tulang yg di sebelah atas mulut (pd langit-langit); ~ lebar = ~ ruas tengkuk tulang yg beruas-ruas pd leher; ~ lembusir = ~ papan bahu tulang belikat dan tulang selangka; ~ mata duli = ~ mata kaki = ~ alah mak bonggol tulang betis hampir dgn pergelangan kaki (tulang buku lali); ~ mereh tulang spt tapak kuda yg hampir dgn pangkal lidah; ~ paha = ~ selangka katak tulang dr lutut hingga ke pangkal paha; ~ pangkal paha = ~ pungkur = ~ punggung tulang yg lebar pd bahagian pinggang hingga ke punggung; ~ pantat = ~ punggung = ~ pelana bahagian tulang pungkur yg di bawah sekali; ~ papan pungkur = ~ ruas pinggang = ~ ruas punggung bahagian tulang belakang dr pinggang ke punggung, sulbi; ~ pelipis = ~ pelipisan = ~ tudung bahagian tulang teng­korak di antara dahi dgn telinga; ~ pemulas = ~ pengumpil tulang di antara siku dgn perge­langan tangan yg di sebelah luar; ~ perabung kayu palang yg dipasang pd persilangan kasau jantan (utk menyangga perabung); ~ pergelangan kaki tulang di antara tulang tumit dgn buku lali; ~ pergelangan tangan tulang yg menghubungkan jari dgn lengan, buku tangan, sendi tangan; ~ pukang a) tulang pangkal paha; b) tulang paha lembu bahagian atas kaki belakangnya; ~ rahang tulang tempat gigi melekat; ~ rakap salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di bahagian paling dalam dibandingkan dgn dua tulang kecil yg lain (andas dan tukul); ~ rangka segala tulang yg menjadi rangka tubuh badan, kerangka; ~ rawan a) tulang muda; b) tulang dada (binatang); ~ ruas tulang yg beruas-ruas (tulang belakang dll); ~ ruas jari tulang yg merupakan bahagian drpd jari; ~ rusuk tulang yg melingkungi rongga dada; ~ selangka tulang cenak; ~ sudu hati = ~ sedu hati tulang caping; ~ sumsum tulang yg berisi sumsum, mis tulang belakang; ~ tangan tulang dr siku hingga ke pergelangan tangan; ~ tengkorak dua tulang pd sebelah kiri dan kanan kepala; ~-temulang seluruh tulang dlm tubuh; ~ tukul salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg bersentuhan dgn gegen­dang telinga dan bersendi dgn tulang andas; ~ teras tentera Id ark induk tentera; ~ tudung tulang di antara tulang tengkorak dgn tulang pelipis; ~ tumit tulang pd bahagian tumit; ~ tongkeng tulang cenonot; ~ tunjang a) tulang di antara jari kaki dgn tumit; b) kaki ayam (burung dll); ~ tutup dahi tulang dahi yg benar-benar di atas mata; minta ~ ke lidah = minta ~ ke lintah prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; putih ~ dikandung tanah, budi baik dikenang juga prb budi bahasa yg baik itu tidak akan dilupakan orang; ringan ~ berat perut prb orang yg mahu bekerja berat serta dgn rajinnya tentu akan mendapat rezeki; tinggal ~ dgn kulit = tinggal kulit pembalut ~ prb perihal orang yg sangat kurus; bertulang 1. mempunyai tulang; ikan ~ ikan yg mempunyai tulang; 2. mempunyai rangka atau tulang (drpd besi, kayu, dll); beton ~ Id simen yg dikuatkan dgn besi di dalamnya; lidah tiada ~ prb orang yg mudah membuat janji dan mudah pula mengubah janjinya; menulangi membuang tulang (ikan dll); tulang-tulangan 1. segala macam tulang (dlm tubuh), rangka tubuh; 2. rangka rumah (drpd kayu dll); ketulangan terlekat atau tersangkut tulang ikan dll di kerongkong; pertulangan ark (Bali) tempat mayat dibakar; penulangan pembentukan tulang atau bahan bertulang.Kamus Dewan Edisi Keempat
geli I1. rasa badan kalau digeletek; 2. rasa hendak ketawa (kerana lawak jenaka dll): ~ ia melihat kelakuan anaknya; 3. berasa ngilu atau ngeri (mendengar bunyi orang mengikir besi dll); 4. berasa jijik dan seram melihat sesuatu spt ular, lintah, dll; 5. berasa jijik, mual, atau loya apabila terlihat atau terhidu benda yg kotor dan busuk; ~-geman = ~-geleman jijik; ~ hati rasa hendak ketawa; habis ~ oleh geletek, habis bisa oleh biasa prb kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi;menggeli Mn memberanikan (ayam yg berlaga); ~ induk ayam prb memberanikan seorang penakut; menggelikan 1. = ~ hati menimbulkan gelak ketawa; 2. menimbulkan rasa geli: maka banyak perkara yg ~ telah disaksikan;kegelian 1. perihal geli, perasaan geli: cerita Esah itu menimbulkan ~ juga di hatiku; 2. berasa geli: benda itu melentuk-lentuk macam telinga arnab ~;penggeli orang yg mudah berasa geli (kalau digeletek); ~ hati sesuatu yg menggelikan hati, lawak jenaka.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas