Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat, serokan; ~ belanga sj baju Melayu yg tidak berleher; ~ rantau a) teluk dan rantau, ceruk rantau; b) daerah sekeliling, jajahan; adat ~ timbunan kapar prb biasanya orang berpangkat (ber-kuasa dll) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : berteluk ark berlutut, bertelut; ® telut I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat: ~ Parsi. (leher) ~ belanga potongan atau jenis leher baju yg bundar dan berbelah sedikit di bahagian depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teluk (kata nama)
Bersinonim dengan serokan, caruk, pesolot.,

Puisi
 

Teluk kecapi kecapang condong,
     Hanyut tempurung di kalut paku;
Sudah terlihat matahari condong,
     Ibarat burung terbanglah aku.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, tolong tentukan ejaan kata yang betul untuk saya. (1) Acheh / Aceh, (2) Srivijaya / Sriwijaya, (3) Teluk Chempedak / Teluk Cempedak.Mengikut data DBP, ejaan yang diguna pakai ialah Aceh dan Sriwijaya, manakala bagi ejaan nama Teluk Chempedak atau Teluk Cempedak sila rujuk pihak berkuasa tempatan di tempat yang berkenaan.  Ejaan09.01.2015
Bagaimana menulis Perang Teluk? Perlukah ditulis dengan huruf besar? (Yang mana paling tepat?): 1. Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 2. Ketika perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 3. Ketika perang teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku.

Salam sejahtera,

Perang Teluk merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataan. Kata
nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.

Jadi ayat 'Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku' merupakan ayat penulisan yang tepat.

Tatabahasa19.11.2012
Tuan, ejaan manakah yang betul? 1. Teluk Chempedak; 2. Teluk Cempedak; 3. Telok Chempedak; 4. Telok Cempedak.Penamaan tempat adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan di tempat berkenaan. Dalam konteks ini sila rujuk Majlis Perbandaran Kuantan untuk mendapatkan ejaan yang telah diwartakan. Dalam data kami ejaan yang digunakan ialah Teluk Cempedak.Lain-lain09.06.2015
Apakah kata tanya yang sesuai bagi soalan di bawah: ___________ ketinggian Menara Condong Teluk Intan? 25.5 meter ialah ketinggian Menara Condong Teluk Intan.Kata tanya yang sesuai ialah Berapakah ketinggian Menara Condong Teluk Intan?Tatabahasa10.10.2023
Adakah ayat-ayat ini betul ? 1. Kita mesti bersikap kasih sayang dengan seperti menziarahi nenek di kampung. 2. Kami sekeluarga berkelah di pantai Teluk Cempedak. 3. Saya dan keluarga berkelah di Pantai Teluk Cempedak.1. Ayat pertama dibetulkan menjadi "Kita mesti menyayangi dan sering menziarahi nenek di kampong".
2. Kami sekeluarga berkelah di pantai Teluk Cempedak.
3. Saya dan keluarga berkelah di Pantai Teluk Cempedak.
Tatabahasa03.02.2015
Harap jelaskan penggunaan "di" dan "ke" dengan betul. Yang manakah yang lebih tepat penggunaannya: Kami sekeluarga telah pergi berkelah "di" sebuah teluk yang terletak di Lumut. atau Kami sekeluarga telah pergi berkelah "ke" sebuah teluk yang terletak di Lumut. Terima kasihAyat yang lebih tepat ialah 'Kami sekeluarga telah pergi berkelah ke sebuah teluk yang terletak di Lumut.' Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa. Dalam konteks ini, 'ke' menunjukkan tempat atau arah.Tatabahasa16.01.2012
Assalamualaikum...tuan, saya ingin bertanya tentang tatabahasa. Apa yang menjadi kekeliruan adalah pada kata nama khas. "pantai Teluk Kemang" huruf "p" perlu ditulis dengan huruf besar atau kecil? atau kedua-dua boleh diterima.sekian soalan sayaEjaan yang betul ialah pantai Teluk Kemang.Tatabahasa09.05.2013
1.Di pantai Teluk Cempedak,angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. 11.Kanako berminat untuk mempelajari bahasa di Jabatan Bahasa dan Linguistik. 111.Sahadah dikenali sebagai seorang gadis mempunyai budi bahasa. 1v.Bahasa melambangkan budaya sesuatu kaum. jawapan:1 & 11 mengapa 111 & iv salah?Untuk makluman ayat i, ii dan iv. adalah betul. Ayat iii. adalah salah. Ayat yang betul ialah: Sahadah dikenali sebagai seorang gadis  yang mempunyai budi bahasa.Tatabahasa23.11.2012
Tuan, saya ingin mendapat kepastian tentang sesuatu kesalahan bahasa. Semasa saya berkereta ke Teluk Cempedak, saya ternampak ayat "Kurangkan laju". Ayat ini ayat perintah, dan kata ganti nama orang kedua dalam ayat ini telah digugurkan untuk membentuk ayat yang lebih bersifat memberikan perintah. Tetapi, ayat ini salah tuan. Teliti bahawa 'laju' ialah kata adverba, bukan kata nama, jadi tidak dapat berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif ayat perintah "kurangkan". Hanya frasa nama sahaja yang dapat berperanan sebagai objek, golongan perkataan yang lain tidak boleh. Oleh itu, pada saya, saya berpendapat bahawa dengan penambahan apitan ke-...-an pada kata dasar 'laju' ini, terhasillah kata nama 'kelajuan' yang dapat berperanan sebagai penyambut kata kerja. Jadi, ayat yang betul sepatutnya "Kurangkan kelajuan". Kata nama 'kelajuan' berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif 'kurangkan'. Betulkah pembetulan saya ini? Saya hendak mendapat kepastian. Minta tuan jelaskan pandangan saya ini.Frasa yang gramatis ialah "kurangkan kelajuan", kurangkan laju ialah terjemahan reduced speed dan penggunaannya khusus dalam konteks tertentu. Dalam penggunaan umum frasa "kurangkan kelajuan" yang digunakan.Tatabahasa21.11.2014
Salam...terima kasih atas jawapan yang diberikan.mohon tuan berikan pencerahan tentang huruf "p" pada kata nama khas yang ditulis dengan huruf kecil untuk perkataan "pantai Teluk Kemang" bagaimana dengan Pantai Cahaya Bulan, Pantai Chenang?harap tuan dapat membantu.Kedua-dua perkataan pantai dieja dengan huruf kecil, pantai Cahaya Bulan dan pantai Chenang. Perkataan pantai merupakan kata nama am.Tatabahasa13.05.2013
12

Kembali ke atas