Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat, serokan; ~ belanga sj baju Melayu yg tidak berleher; ~ rantau a) teluk dan rantau, ceruk rantau; b) daerah sekeliling, jajahan; adat ~ timbunan kapar prb biasanya orang berpangkat (ber-kuasa dll) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : berteluk ark berlutut, bertelut; ® telut I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat: ~ Parsi. (leher) ~ belanga potongan atau jenis leher baju yg bundar dan berbelah sedikit di bahagian depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teluk (kata nama)
Bersinonim dengan serokan, caruk, pesolot.,

Puisi
 

Teluk kecapi kecapang condong,
     Hanyut tempurung di kalut paku;
Sudah terlihat matahari condong,
     Ibarat burung terbanglah aku.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELUK PLENTY

Teluk Plenty ialah teluk yang besar di pantai

tengah utara Pulau Selatan di New Zealand.

Daratan yang bersempadan dengan teluk ini

membentuk tanah pamah Teluk Plenty. Penara

gunung berapi bermula dari tanah pamah ini dan

meninggi kira-kira 300 meter. Industri utama

kawasan ini ialah perladangan tenusu, dan

pelancongan serta tanaman balak kayu lembut di

penara. Bandar utamanya ialah Tauranga.

UMUM 
TELUK ARAB

Teluk Arab ialah sebuah kawasan perairan

berbentuk jantung yang terletak di barat daya Asia

iaitu di antara Iran dengan Semenanjung Tanah

Arab. Teluk ini lebih dikenali di kalangan orang

Eropah sebagai Teluk Parsi. Orang pertama yang

menamakan Teluk Parsi ini ialah Niyarkhus,

pemimpin angkatan laut Iskandar Agung pada tahun

325 S.M. setelah menyusuri sepanjang pantai Parsi

tanpa menyedari kewujudan pantai yang lain. Pada

abad pertama Masihi, Balini menamakan teluk ini

sebagai Teluk Arab setelah dia menemui pantai

barat. Selat Hurmuz menyambungkan Teluk Arab

dengan Teluk Oman, yang dianggap sebagai

cabang bagi Lautan Hindi. Ia berukuran 800

kilometer panjang, 200 kilometer lebar dan 260 000

kilometer persegi luas. Kawasan yang paling dalam

di Teluk Arab berukuran 90 meter. Di teluk ini

banyak terdapat hidupan laut seperti kerang dan

udang.

UMUM 
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 
TELUK HUDSON

Teluk Hudson ialah laut di pedalaman yang luas

di timur laut Kanada. Ia meliputi kawasan lebih

kurang 819 730 kilometer persegi.

Teluk Hudson dan cabang selatannya, Teluk

James berukuran kira-kira 1690 kilometer panjang

dan 1118 kilometer lebar. Purata kedalamannya

ialah 100 meter. Teluk Hudson bersambung

dengan Lautan Atlantik melalui Selat Hudson dan

bersambung dengan Lautan Artik melalui Selat

Foxe.

UMUM 
TELUK BENGGALA

Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan

Hindi, yang bersempadan dengan India,

Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang

mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai

Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar

pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta,

Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai

sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza.

Kepulauan Andaman dan Nicobar serta

Kepulauan Mergui terletak di timur

teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung

berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi

ombak gadang ada kalanya berlaku di

teluk ini pada penghujung musim

monsun (September/Oktober).

UMUM 
TELUK INTAN

Teluk Intan, bandar tua yang terletak di

kawasan Hilir Perak. Nama asalnya ialah Teluk

Anson. Bandar ini istimewa kerana kedudukan

geografinya. Pada abad ke-20, Teluk Anson muncul

sebagai kawasan pertanian. Pada tahun 1908,

ribuan hektar tanah dimajukan untuk tanaman

getah.

UMUM 
TELUK NAPLES

Teluk Naples ialah serokan Laut Tyrrhenian,

yang merupakan cabang Laut Mediteranean. Teluk

ini terkenal dengan keindahan pemandangannya di

sepanjang pesisirannya dan airnya yang dalam

berwarna biru. Teluk Naples memanjang ke pantai

barat daya pantai Itali. Lebarnya kira-kira 32

kilometer di antara Tanjung Miseno dengan Point

Campanella dan merentang ke pedalaman sejauh

kira-kira 16 kilometer. Lihat juga Naples (gambar).

UMUM 
TELUK JERVIS

Teluk Jervis ialah serokan di pantai New South

Wales, Australia. Kerajaan Persekutuan mempunyai

hak terhadap teluk tersebut dan kawasan seluas 73

kilometer persegi di sekelilingnya. Tentera Laut

Australia menggunakan teluk berkenaan sebagai

sebuah pangkalan bagi kapal mereka. Pada tahun

1915, New South Wales menyerahkan kuasa

terhadap kawasan tersebut kepada kerajaan

persekutuan untuk dijadikan sebuah pelabuhan

bagi Wilayah Persekutuan Australia.

UMUM 
TELUK BISCAY

Teluk Biscay merupakan peluasan Lautan

Atlantik di pantai barat Eropah. Ia terletak ke barat

Perancis dan utara Sepanyol. Pinggir laut Teluk

Biscay sepanjang kira-kira 640 kilometer. Lebar

teluk ini kira-kira 480 kilometer pada bahagian

yang paling lebar.

UMUM 
TELUK FUNDY

Teluk Fundy ialah pemanjangan dari Lautan

Atlantik Utara yang memisahkan New Brunswick

daripada bahagian barat Nova Scotia, Kanada.

Teluk ini lebarnya kira-kira 100 kilometer di

bahagian muaranya. Ia menganjur hingga

kira-kira 240 kilometer ke pedalaman, dan di

sini teluk ini berpecah kepada

Teluk Chignecto dan Lembangan Minas.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas