Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat, serokan; ~ belanga sj baju Melayu yg tidak berleher; ~ rantau a) teluk dan rantau, ceruk rantau; b) daerah sekeliling, jajahan; adat ~ timbunan kapar prb biasanya orang berpangkat (ber-kuasa dll) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : berteluk ark berlutut, bertelut; ® telut I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lu/] | تلوق

Definisi : bahagian laut yg menganjur masuk ke darat: ~ Parsi. (leher) ~ belanga potongan atau jenis leher baju yg bundar dan berbelah sedikit di bahagian depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teluk (kata nama)
Bersinonim dengan serokan, caruk, pesolot.,

Puisi
 

Teluk kecapi kecapang condong,
     Hanyut tempurung di kalut paku;
Sudah terlihat matahari condong,
     Ibarat burung terbanglah aku.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bay barbeting teluk; gosong telukGeografiTiadaTiada
setangkai bunga raya Teluk Intansetangkai bunga raya Teluk IntanKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga raya berangkai di Teluk Intan, Perak.
bunga cempaka kembang Teluk Intanbunga cempaka kembang Teluk IntanKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga cempaka yang kembang di Teluk Intan, Perak.
embaymentpenelukanSains MarinTiadaSatu lekukan garis pantai yang saiznya adalah di antara teluk kecil dengan teluk.
coveteluk kecilSains MarinTiadaSaluran air masuk pantai yang mempunyai pintu air masuk sempit, terlindung dan terhad. Teluk kecil sering berbentuk bulat atau bujur dan terletak dalam teluk yang lebih besar.
mid bay barbeting tengah telukGeografiTiadaBeting pasir yang terbentuk di tengah sebuah teluk.
bay barbeting telukGeografiTiadaBeting pasir, kelikir atau lumpur yang menyambung dua buah tanjung merentasi mulut sebuah teluk.
inletsalur masukSains MarinTiadaAlur sempit yang menghubungkan laut dengan kawasan air masin yang tertutup seperti teluk dan lagun. Salur masuk merupakan sambungan nyata antara teluk dengan lautan yang disebut sebagai "tempat masuk". Contohnya, salur masuk yang terbentuk daripada proses glasier dan fiord yang dapat ditemui di kawasan garis pantai yang berbukit bukau.
crescent beachpesisir sabitGeologiTiadaPesisir yang melengkung, cekung ke arah laut, terbentuk di sepanjang pantai yang bergunung-ganang atau berbukit-bukit di pangkal teluk atau muara sungai yang memasuki teluk.
divine afflatusilham kudusKesusasteraanPuisiDesakan yang bersifat batiniah yang berfungsi sebagai pendorong kepada seseorang penyair untuk mencipta sesebuah puisi. Contohnya, isu tanah di Teluk Gong telah rnenjadi sumber ilham kepada beberapa orang penyair pada tahun 1960-an untuk menghasilkan puisi yang berkaitan dengan Teluk Gong dan masyarakatnya.
12345678

Kembali ke atas