Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lur] | تلور

Definisi : benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serang­ga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semua­nya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, ber­telur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : ~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), (se)gerang, hempedu tanah, jentik betina, nyarum, sedoman, semputih kecil, serawai jan-tan, Psychotria rostrata; ~ belalang sj tumbuh­an (rumpai), Sporobolus dianders; ~ buaya sj tumbuhan (pokok), bunga peresau, bunga tanjung hutan, kemap-kemap, petaling gajah, sangah, selimbar, Homalium longifolium; ~ cicak sj tumbuhan (pokok kecil), gelincik, kesami, keteng, lengketing, Myrica farquha­riana; ~ ikan sj tumbuhan (rumput), kerunung padi, metubung, Panicum repens; ~ kodok biji drpd sj tumbuhan (Hygrophila odorata); akar ~ bujuk sj tumbuhan (akar yg berteras), akar kacang-kacang, akar nyamuk, Agelaea vestita; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Xanthophyllum excelsum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : benda bulat bujur yg biasanya berkulit keras dan berisi lembaga anak (bagi beberapa jenis binatang spt ayam, penyu, burung): ~ ayam; ~ burung. ~ asin (masin) telur ayam atau telur itik yg telah diasinkan. ~ dadar telur yg diaduk lalu digoreng. ~ kemuruk (tembelang) telur yg tidak dpt menetas dan menjadi busuk. bertelur 1 mengeluarkan telur. 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. menelurkan mendatangkan sesuatu; menerbitkan; menghasilkan: Usaha itu ~ hasil yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,

Puisi
 

Banyak-banyak telur merbuk,
     Tidaklah sama telur merpati;
Banyak mabuk perkara mabuk,
     Mabuk yang mana sakit sekali.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Telur hari ini,
     lebih baik daripada anak ayam besok.

Bermaksud :

Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spawn vt 1. (of fish) produce eggs, mengeluarkan telur: the eggs are ~ed in the shallows, telur-telur itu dikeluarkan di kawasan yg cetek;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
addlevi menjadi /busuk, tembelang, kemuruk/: the eggs were left to ~ in the nest, telur-telur itu dibiarkan menjadi busuk di dlm sarang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pedal~ up, mengayuh basikal: he ~led up to the farm to get fresh eggs, dia mengayuh basikal menuju ke ladang itu utk mendapatkan telur-telur segar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immersevt 1. dip, merendam; (face, head) membenamkan: she ~d the clothes in soapy water, dia merendam kain-kain itu dlm air sabun; the eggs must first be ~d in a salt solution, telur-telur itu hendaklah terlebih dahulu direndam dlm air garam; he ~d the boy’s head in the water, dia membenamkan epala budak itu dlm air; lie ~d in st, (of person, animal) berendam; 2. baptize by immersion, membaptis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
egg1n 1. reproductive body laid by females of birds etc, telur: chickens are hatched from ~s, anak ayam menetas drpd telur; lay an ~, lay ~s, bertelur: the turtle lays its ~s in the sand, penyu itu bertelur dlm pasir; 2. (as food) telur: hard-boiled ~, telur rebus keras; fresh ~s, telur baru; poached ~, telur rebus carak; >scrambled ~, telur masak hancur; soft-boiled ~, telur setengah masak; ~ custard, kastard telur; fried ~,telur mata /lembu, sapi/; 3. (biol) ovum, telur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
set3. (harden) mengeras, (menjadi) keras, membeku, (menjadi) beku; (become dry) mengering, (menjadi) kering: this concrete will ~ within 24 hours, konkrit ini akan mengeras dlm tempoh 24 jam; she cooked the eggs until the whites had ~, dia memasak telur-telur itu hingga putihnya menjadi keras;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand-by n (approp n +) tunggu sedia; (person) pengganti: I always stock eggs, they are such a good ~, saya selalu menyimpan telur krn telur merupakan makanan tunggu sedia yg bagus; a ~ ticket, tiket tunggu sedia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eggshelln outer layer of egg, kulit telur; empty ~, kelompang telur; ~ paint, cat tanpa kilau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scramble2. mix (egg) with butter and milk, memasak [telur] hancur: she ~d some eggs for our breakfast, dia memasak telur hancur utk sarapan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fly-blownadj 1. (of meat etc) penuh dgn telur lalat: a ~ carcass, karkas yg penuh dgn telur lalat; 2. (of objects) kotor dgn tahi lalat: the cupboard was full of ~ cups and saucers, almari itu penuh dgn pinggan mangkuk yg kotor dgn tahi lalat; 3. in bad condition, buruk: a ~ old sofa, sofa lama yg buruk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas