Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lur] | تلور

Definisi : benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serang­ga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semua­nya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, ber­telur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : ~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), (se)gerang, hempedu tanah, jentik betina, nyarum, sedoman, semputih kecil, serawai jan-tan, Psychotria rostrata; ~ belalang sj tumbuh­an (rumpai), Sporobolus dianders; ~ buaya sj tumbuhan (pokok), bunga peresau, bunga tanjung hutan, kemap-kemap, petaling gajah, sangah, selimbar, Homalium longifolium; ~ cicak sj tumbuhan (pokok kecil), gelincik, kesami, keteng, lengketing, Myrica farquha­riana; ~ ikan sj tumbuhan (rumput), kerunung padi, metubung, Panicum repens; ~ kodok biji drpd sj tumbuhan (Hygrophila odorata); akar ~ bujuk sj tumbuhan (akar yg berteras), akar kacang-kacang, akar nyamuk, Agelaea vestita; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Xanthophyllum excelsum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : benda bulat bujur yg biasanya berkulit keras dan berisi lembaga anak (bagi beberapa jenis binatang spt ayam, penyu, burung): ~ ayam; ~ burung. ~ asin (masin) telur ayam atau telur itik yg telah diasinkan. ~ dadar telur yg diaduk lalu digoreng. ~ kemuruk (tembelang) telur yg tidak dpt menetas dan menjadi busuk. bertelur 1 mengeluarkan telur. 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. menelurkan mendatangkan sesuatu; menerbitkan; menghasilkan: Usaha itu ~ hasil yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,

Puisi
 

Banyak-banyak telur merbuk,
     Tidaklah sama telur merpati;
Banyak mabuk perkara mabuk,
     Mabuk yang mana sakit sekali.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Telur hari ini,
     lebih baik daripada anak ayam besok.

Bermaksud :

Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara telur ayam dan ayam telur?Telur ayam bermaksud telur yang diteran keluar dari badan ayam untuk menghasilkan anak.  Manakala, ayam telur pula adalah yang diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya).

 

Istilah01.09.2015
Soalan saya ialah : Adakah perkataan "kuning telur" atau "telur kuning" yang patut digunakan? Saya mendapati "kuning telur" yang sepatutnya digunakan tetapi jika merujuk kepada Hukum D-M, perkataan yang dikira sebagai betul ialah "telur kuning". Hal ini kerana "telur" bertindak sebagai perkara yang diterangkan ataupun inti, manakala "kuning" pula bertindak sebagai penerang. Tetapi persoalannya mengapa "kuning telur" yang dianggap betul bukannya "telur kuning"?
Untuk makluman tuan, perkataan kuning telur merupakan kata nama yang diterjemahkan daripada bahasa sumber bagi egg yolk.
Tatabahasa27.05.2020
Encik, Emak memerlukan [ telur kuning / kuning telur] untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna [telur kuning / kuning telur]. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat [patriotik / patriotisme] dalam kalangan anak muda. Bolehkah tuan tolong jelaskan?Jawapan yang betul ialah Encik, Emak memerlukan kuning telur untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna kuning telur. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak muda.Lain-lain25.08.2010
MANA PERKATAAN YANG BETUL BUNGA TELUR ATAU TELUR BUNGA ( HUKUM DM)Frasa yang betul ialah bunga telur, bunga yang diterangkan dan telur yang menerangkan jenis bunga tersebut.Tatabahasa04.10.2011
Azri Azsr JUM 11.41 PAGI Azri Azsr Assalammualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai isi telur. Apabila seseorang ingin membuat ayat penyata mengenai kandungan telur yang berwarna kuning di tengah-tengahnya, adakah ianya dinyatakan sebabgai 'kuning telur' atau 'telur kuning'? Mohon perjelasan dari pihak berwajib mengenai isu ini.Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh ayat, 1. Kakak memerlukan kuning telur untuk membuat kek 2. Adik memakai baju kebaya yang berwarna kuning telur. Jawapan yang tepat ialah Kuning Telur.Makna29.09.2017
Telur separuh masak atau Telur masak separuh. Mohon penjelasan daripada jawapan yang diberikan. Terima kasih.Telur separuh masakLain-lain02.12.2015
blh saya tanya "telur rebus ayam" atau "telur ayam rebus" yang mana betul?"telur ayam rebus" betulTatabahasa18.06.2019
penggunaan mana yang betul "telur masak separuh" atau "telur separuh masak"Telur separuh masak ialah istilah yang digunakan dan terjemahan daripada half-boiled egg.Lain-lain05.08.2016
Apakah penjodoh bilangan yang terkini untuk bunga telur (bagi bilangan satu) dan bunga telur (bagi bilangan banyak). Terima kasihTidak semua kata nama memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan bagi bunga telur, apatah lagi pada masa kini bunga telur boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Lazimnya bunga telur disebut/dikira dalam bentuk unit. Tatabahasa26.07.2016
1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini?

1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk.

2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan.
Tatabahasa07.12.2014
1234567

Kembali ke atas