Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lur] | تلور

Definisi : benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serang­ga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semua­nya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, ber­telur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : ~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), (se)gerang, hempedu tanah, jentik betina, nyarum, sedoman, semputih kecil, serawai jan-tan, Psychotria rostrata; ~ belalang sj tumbuh­an (rumpai), Sporobolus dianders; ~ buaya sj tumbuhan (pokok), bunga peresau, bunga tanjung hutan, kemap-kemap, petaling gajah, sangah, selimbar, Homalium longifolium; ~ cicak sj tumbuhan (pokok kecil), gelincik, kesami, keteng, lengketing, Myrica farquha­riana; ~ ikan sj tumbuhan (rumput), kerunung padi, metubung, Panicum repens; ~ kodok biji drpd sj tumbuhan (Hygrophila odorata); akar ~ bujuk sj tumbuhan (akar yg berteras), akar kacang-kacang, akar nyamuk, Agelaea vestita; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Xanthophyllum excelsum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : benda bulat bujur yg biasanya berkulit keras dan berisi lembaga anak (bagi beberapa jenis binatang spt ayam, penyu, burung): ~ ayam; ~ burung. ~ asin (masin) telur ayam atau telur itik yg telah diasinkan. ~ dadar telur yg diaduk lalu digoreng. ~ kemuruk (tembelang) telur yg tidak dpt menetas dan menjadi busuk. bertelur 1 mengeluarkan telur. 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. menelurkan mendatangkan sesuatu; menerbitkan; menghasilkan: Usaha itu ~ hasil yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,

Puisi
 

Banyak-banyak telur merbuk,
     Tidaklah sama telur merpati;
Banyak mabuk perkara mabuk,
     Mabuk yang mana sakit sekali.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Telur hari ini,
     lebih baik daripada anak ayam besok.

Bermaksud :

Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
yolkayolkMakanan yang tersimpan di dalam telur untuk kegunaan embrio. Bagi telur yang tersenyawa, embrio terletak di permukaan yolka. Yolka dikenali juga sebagai kuning telur. Lihat RajahMenengah Rendah
yolkayolkBahagian kuning telur yang terdiri daripada protein dan lemak yang terdapat di dalam ovum atau telur. Ia merupakan simpanan makanan bagi embrio yang akan berkembang. Lihat RajahMenengah Atas
bujurovalBentuk lonjong seperti telur. Lihat RajahSekolah Rendah
bertelurlay eggsProses mengeluarkan telur oleh haiwan yang bertelur.Sekolah Rendah
kekuninganyellowishWarna yang seakan-akan lemon atau kuning telur.Sekolah Rendah
berlendirslimyKeadaan sesuatu yang diliputi cecair yang pekat, licin dan melekat. Contohnya, telur katak. Lihat RajahSekolah Rendah
persenyawaan ganda duadouble fertilizationProses persenyawaan dalam tumbuhan angiosperma di mana satu gamet jantan akan bercantum dengan sel telur membentuk zigot diploid, manakala satu lagi gamet jantan akan bercantum dengan dua nukleus kutub untuk membentuk nukleus triploid.Menengah Atas

Kembali ke atas