Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lur] | تلور

Definisi : benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serang­ga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semua­nya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, ber­telur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : ~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), (se)gerang, hempedu tanah, jentik betina, nyarum, sedoman, semputih kecil, serawai jan-tan, Psychotria rostrata; ~ belalang sj tumbuh­an (rumpai), Sporobolus dianders; ~ buaya sj tumbuhan (pokok), bunga peresau, bunga tanjung hutan, kemap-kemap, petaling gajah, sangah, selimbar, Homalium longifolium; ~ cicak sj tumbuhan (pokok kecil), gelincik, kesami, keteng, lengketing, Myrica farquha­riana; ~ ikan sj tumbuhan (rumput), kerunung padi, metubung, Panicum repens; ~ kodok biji drpd sj tumbuhan (Hygrophila odorata); akar ~ bujuk sj tumbuhan (akar yg berteras), akar kacang-kacang, akar nyamuk, Agelaea vestita; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Xanthophyllum excelsum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : benda bulat bujur yg biasanya berkulit keras dan berisi lembaga anak (bagi beberapa jenis binatang spt ayam, penyu, burung): ~ ayam; ~ burung. ~ asin (masin) telur ayam atau telur itik yg telah diasinkan. ~ dadar telur yg diaduk lalu digoreng. ~ kemuruk (tembelang) telur yg tidak dpt menetas dan menjadi busuk. bertelur 1 mengeluarkan telur. 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. menelurkan mendatangkan sesuatu; menerbitkan; menghasilkan: Usaha itu ~ hasil yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,

Puisi
 

Banyak-banyak telur merbuk,
     Tidaklah sama telur merpati;
Banyak mabuk perkara mabuk,
     Mabuk yang mana sakit sekali.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Telur hari ini,
     lebih baik daripada anak ayam besok.

Bermaksud :

Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELUR

Telur ialah perkataan yang merujuk kepada telur

ikan, moluska, amfibia, dan haiwan-haiwan lain.

Biasanya telur demikian dikeluarkan banyak-banyak

kerana banyak daripadanya dimakan oleh haiwan

akuatik. Telur ini tidak mempunyai cangkerang dan

mesti diletakkan dalam air untuk mencegahnya

daripada kering. Telur ikan tertentu, terutamanya

sturgeon , digunakan untuk membuat kaviar .

Lihat juga Ikan (Bagaimana ikan membiak);

Kaviar; Salmon (Kehidupan salmon); Sturgeon.

Telur. Hampir semua haiwan mengeluarkan telur.

Tetapi hanya haiwan tertentu, seperti burung,

meneran telur keluar dari badan. Fungsi utama

telur untuk mengeluarkan anak.

UMUM 
BUNGA TELURBUNGA TELUR, telur yang dihadiahkan kepada tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan orang Melayu.  Bunga telur itu merupakan suatu tanda simbolik untuk menebus sebarang kelemahan atau kekurangan yang mungkin berlaku sepanjang majlis ituBUDAYAKraf Tangan
BUNGA TELUR,BUNGA TELUR, telur yang dihadiahkan kepada tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan orang Melayu.  Bunga telur itu merupakan suatu tanda simbolik untuk menebus sebarang kelemahan atau kekurangan yang mungkin berlaku sepanjang majlis ituBUDAYAKraf Tangan
TELUR MASIN

TELUR MASIN, telur yang diperam atau direndam dalam air yang dimasak dengan garam. Telur ini akan menjadi cukup masin selepas direndam selama 30 hingga 40 hari. Telur masih boleh dibuat daripada telur ayam atau telur itik.

BUDAYAKonsep
MOD

Mod dalam statistik, ialah nilai mana-mana

kumpulan yang muncul paling kerap. Contohnya,

seorang budak mengira telur dalam 77 sarang

burung. Dia mendapati empat sarang mempunyai

sebiji telur dalam setiap sarang, 65 sarang

mempunyai dua biji telur, lima sarang

mempunyai tiga biji telur, dan tiga sarang

mempunyai empat biji telur. Sarang yang

mempunyai dua biji telur ialah yang paling

banyak. Oleh yang demikian, dua ialah mod atau

nilai mod dalam kumpulan nombor ini. Mod ialah

nombor purata yang digunakan dalam bidang

statistik.

UMUM 
PERSENYAWAAN

Persenyawaan ialah proses penyatuan sel seks

jantan dan betina untuk membentuk individu baru.

Ia adalah langkah pertama dalam pembiakan seks.

Sistem pembiakan jantan mengeluarkan sel seks

yang disebut spermatozoa , atau sperma . Sistem

pembiakan betina mengeluarkan sel seks yang

disebut telur . Telur yang tersenyawa, yang terhasil

daripada penyatuan sperma dan telur, dikenali

sebagai zigot . Apabila zigot membesar lagi, ia

menjadi embrio . Rencana ini membincangkan

persenyawaan di kalangan haiwan. Untuk

maklumat tentang persenyawaan di kalangan

tumbuhan, lihat Tumbuhan (Bagaimana tumbuhan

membiak).

UMUM 
TIUB FALOPIO

Tiub Falopio , yang juga dinamakan salur ovum

atau salur tiub uterus adalah satu daripada

sepasang organ pembiakan perempuan tempat

telur dari ovari lalu untuk ke uterus. Tiub Falopio

ialah tempat telur disenyawakan oleh sperma

lelaki. Lihat Pembiakan manusia (Sistem

pembiakan manusia; gambar).

UMUM 
KAVIAR

Kaviar ialah telur masin ikan sturgeon,

sekumpulan ikan besar. Kaviar dianggap sebagai

hidangan istimewa di banyak bahagian di dunia.

UMUM 
KARI

Kari ialah gulai yang dibuat daripada telur, ikan,

daging, atau sayur-sayuran yang dimasak bersama

rempah ratus.

UMUM 
AYAM ITIK

Ayam itik ialah haiwan yang dipelihara bagi

mendapatkan daging dan telur untuk dijadikan

makanan. Ayam dan ayam belanda merupakan

jenis ternakan yang paling banyak dipelihara.

Ternakan lain yang penting termasuklah itik, angsa,

ayam mutiara dan ayam denak. Sesetengah jenis

ternakan ini sangat berharga di negara-negara

tertentu. Contohnya, ayam mutiara dan itik nila

adalah ternakan penting di Perancis, manakala

petani di bahagian timur Eropah pula memelihara

banyak angsa.

UMUM 
12345

Kembali ke atas