Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih; 4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~ lelaki lelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita; ~ sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan kawan tidur; ~ wanita wanita yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang lelaki; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu memuji-muji; berteman 1. berkawan, bersahabat: sebenar­nya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak se-orang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~; bertemankan mempunyai (seseorang, se­suatu) sbg teman; menemani 1. turut serta, mengawani, meng­iringi, menyertai: dia senang melihat kawan­nya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawan­kan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; peneman seseorang (sesuatu) yg menjadi teman kpd: hanya linangan air mata ~ duka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kawan; sahabat; rakan: Dia bermalam di rumah ~nya. 2 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (bekerja dll): ~ berbual-bual. 3 sesuatu yg dimakan, dipakai dll bersama dgn benda lain; jodoh; kawan: Buah pinang dimakan orang sbg ~ sirih. ~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (suami atau isteri). ~ sejawat orang yg menyandang jawatan yg sama tarafnya. ~ tetangga jiran. berteman 1 berkawan; bersahabat. 2 tidak seorang diri; ada temannya. menemani men­jadi teman kpd; mengiringi: Dia ~ saya pergi ke pasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teman (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,

Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman,

Puisi
 

Aduilah adui meniti batang,
     Si teman bujang dicari juga;
Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika cerdik teman berunding,
     jika bodoh disuruh diarah.

Bermaksud :

Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
erstwhileadj (fml & old-fashioned) dahulu:my ~ companions, teman-teman saya dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
set ~ to, (mula) bekerja keras: our friends and neighbours all ~ to and the house was repaired in one day, teman-teman dan tetangga kami semua bekerja keras dan rumah kami dibaiki dlm satu hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boozyadj (colloq) 1. (of person) a. inclined to heavy drinking, kuat tunggang: ~ companions, teman-teman yg kuat tunggang; b. intoxicated, agak mabuk; 2. involving heavy drinking, mabuk-mabuk: a ~ party, majlis mabuk-mabuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strangely adv oddly, tdk spt biasa; (when so. or st looks familiar) rasa-rasa: when I walked in, my colleagues were ~ quiet, apabila saya berjalan masuk, teman-teman sekerja saya senyap tdk spt biasa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
square ~ up to so., a. prepare to fight so., bersedia berlawan sso: the two boys, surrounded by their schoolmates, ~d up to one another, dua budak itu, dikelilingi oleh teman-teman sekolah, bersedia utk berlawan antara satu sama lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sever the two countries have ~ed diplomatic relations, kedua-dua buah negara itu telah memutuskan hubungan diplomatik; he became a recluse and ~d all connections with his old associates, dia hidup menyendiri dan memutuskan semua hubungan dgn teman-teman lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
springvt 1. make known without warning, tiba-tiba mengadakan; (news, proposal, etc) secara tiba-tiba + approp v: they sprang a surprise engagement party on their friends, mereka tiba-tiba mengadakan majlis pertunangan yg mengejutkan teman-teman mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
companion 1 n 1. one who associates or is always with another, teman: travelling ~s, teman seperjalanan; a close ~, teman rapat; ~s in misfortune, teman senasib; ~s in arms, teman seperjuangan; 2. one employed to keep another (usu elderly) company, teman; 3. st that is one of a pair, gu: the ~ to this volume is missing, gu jilid ini telah hilang; 4. handbook, buku /panduan, pedoman/: the Motorists’ C~, Buku Panduan Pemandu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earn~ a living, ~ o’s /living, livelihood, daily bread/, mencari nafkah; ~ o’s keep, membiayai sara hidup sso; ~ so. st, menyebabkan sso + approp v: Maznah’s arrogance ~ed her the hatred of her colleagues, keangkuhan Maznah menyebabkan dia dibenci oleh teman-teman sepejabatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boy~s will be ~s, kalau lelaki, lelaki juga; a mother’s ~ (colloq) anak jantan emak; the ~s, a. (colloq) group of men, orang lelaki; b. (colloq) a man’s male friends, /kawan-kawan, teman-teman (lelaki)/ sso: he has gone out with the ~s, dia keluar dgn kawan-kawannya; c. also our ~s, (affectionately) soldiers, askar-askar kita: Hari Raya cakes for our ~s at the front, kuih-kuih Hari Raya utk askar-askar kita di sempadan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas