Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : wanita yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang lelaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
teman (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,

Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin cari perkataan yang maknanya sama dengan perkataan "dating" yang bermakna "janji temu dgn seseorang yg berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya utk keluar makan, meĀ­nonton wayang gambar dsb)" (Kamus Dewan Edisi Ke-4). Adakah perkataan "berpacaran" yang merupakan bahasa Indonesia telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu? Jika ya, adakah maknanya sama dengan makna perkataan "dating"? Terima kasih.Berpacaran berasal daripada perkataan Indonesia yang bermaksud menjalin hubungan cinta atau kasih dengan teman lelaki atau wanita.

Dating bermaksud janji temu dengan seseorang yang berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya untuk keluar makan, meĀ­nonton wayang gambar dan sebagainya).


Jika dilihat dari segi makna, kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.
Makna18.10.2017

Kembali ke atas