Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.ba/] | تيمبق

Definisi : (témbak) Mn tuju, arah, maksud;menembak 1. mengarahkan kpd, memak­sud­kan, menuju; 2. ki menyambar (petir). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.ba/] | تيمبق

Definisi : (témbak) ; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara (sbg amaran); hukum ~ hukum bunuh dgn cara dibedil; kena ~ kena bedilan dgn senjata api; ~ yg beralamat, tujuan yg bermaksud prb tiap-tiap perbuatan ada maksudnya; bertembak-tembakan berbalas tembak, saling membedil: maka berperanglah Seri Udara dgn Peringgi terlalulah ramai bunyi­nya ~, bunyi meriam spt halilintar mem­belah; menembak 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang, pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki berbuat bohong, membohongi; ~ jatuh menembak sesuatu (spt kapal terbang dll) dan menyebabkannya jatuh (terhempas dsb); ~ mati menembak dan menyebabkannya mati; tembak-menembak saling menembak, ber-tembak-tembakan: menghentikan ~; menembaki menembak beberapa kali (pd), sering kali menembak pd; menembakkan 1. melepaskan peluru senjata api, menembak dgn: kapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh; 2. menen-dang bola ke arah gol; tertembak ditembak, kena tembak: dlm per-tempuran itu seorang mata-mata telah ~ mati; tembakan hasil menembak, letusan senjata api dll: kami telah terbangun kerana ada ~; penembakan perbuatan menembak: laporan mengenai ~ di masjid al-Aqsa pd bulan April ini memberi bukti lanjut kpd pelaporan yg berat sebelah; penembak 1. orang yg menembak; 2. alat (senjata) utk menembak; ~ curi orang yg menembak musuhnya secara sembunyi-sembunyi atau dr tempat yg terselindung, biasanya dr jarak yg agak jauh; ~ tepat orang yg cekap menembak sesuatu sasarannya dgn tepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.ba/] | تيمبق

Definisi : /témbak/; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara sbg amaran. hukum ~ hukum mati dgn dibedil. kena ~ kena bedilan senjata api. bertembak-tembakan berbalas-ba­­las tembak; saling membedil. me­nembak melepaskan peluru dll dgn senjata api; membedil: Di samping berkawad, mereka diajar ~ juga. Polis telah ~ perompak itu. menembakkan melepaskan peluru senjata api dsb; menembak dgn: ~ roket ke kubu musuh. tembak-menembak kejadian bertembak-tembakan: Maka berlakulah ~ antara kedua-dua pihak. tertembak kena bedilan senjata api dsb; kena tembak: Dlm pertempuran itu, seorang pengganas telah ~ mati. tembakan 1 hasil drpd menembak: Mereka segera membalas ~ musuh. 2 bunyi letusan senjata api: ~ itu terdengar sampai ke sini. penembakan perbuatan atau hal menembak. penembak 1 orang yg menembak. 2 alat utk menembak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembak
Kata Terbitan : bertembak-tembakan, menembak, tembakan, penembakan, penembak,

Puisi
 

Berdentum bedil Melayu,
     Nak tembak talam tembaga;
Datuk Bandar bukalah pintu,
     Anak dagang nak masuk berniaga.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
marksmann ahli tembak: he is an expert ~ , dia ahli tembak yg mahir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-firen 1. (kejadian) tembak-menembak: he was caught in the ~, dia terperangkap dlm kejadian tembak-menembak; 2. (fig.) bertalu-talu, bertubi-tubi: a ~ of questions and answers, soal jawab yg bertalu-talu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shoot-out n kejadian tembak-menembak: only one terrorist survived the ~ with the Special Squad, hanya seorang pengganas saja yg masih hidup sesudah kejadian tembak-menembak dgn Skuad Khas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gun-firen a. repeated firing of guns, tembak-menembak, bedil-membedil; b. sound of repeated firing of guns, bunyi /tembak-menembak, bedil-membedil/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firingn 1. a. act of discharging firearm, penembakan; b. exchange of shots, tembak-menembak: ~ is still going on in the streets of the capital, tembak-menembak masih berlaku di jalan-jalan ibu kota itu; c. sound of discharge of firearm, (bunyi) tembakan: ~ could be heard in the distance, kedengaran bunyi tembakan di kejauhan; 2. process of baking, pembakaran: the ~ of pottery, pembakaran tembikar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
markswomann ahli tembak (wanita).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clay pigeonn tembak terbang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shooting range n padang /tembak, sasaran/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pump 1 “Aku akan tembak kamu bertubi-tubi sehingga tubuh kamu bersarang dgn peluru”, kata gangster itu; 5. force (facts etc) into so., mengasakkan, menyumbatkan: the teacher spent hours ~ing the elements of grammar into the students, guru itu mengambil masa berjam-jam utk mengasakkan selok-belok tatabahasa kpd murid-muridnya; 6. obtain by close questioning, a. (from so.) memisit: he was trying to ~ me concerning my mission, dia mencuba memisit saya ttg misi itu; b. (out of so.) mencungkil: they had to ~ the information out of him, mereka terpaksa mencungkil maklumat itu daripadanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fire powern kuasa tembak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas