Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.ba/] | تيمبق

Definisi : (témbak) Mn tuju, arah, maksud;menembak 1. mengarahkan kpd, memak­sud­kan, menuju; 2. ki menyambar (petir). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.ba/] | تيمبق

Definisi : (témbak) ; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara (sbg amaran); hukum ~ hukum bunuh dgn cara dibedil; kena ~ kena bedilan dgn senjata api; ~ yg beralamat, tujuan yg bermaksud prb tiap-tiap perbuatan ada maksudnya; bertembak-tembakan berbalas tembak, saling membedil: maka berperanglah Seri Udara dgn Peringgi terlalulah ramai bunyi­nya ~, bunyi meriam spt halilintar mem­belah; menembak 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang, pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki berbuat bohong, membohongi; ~ jatuh menembak sesuatu (spt kapal terbang dll) dan menyebabkannya jatuh (terhempas dsb); ~ mati menembak dan menyebabkannya mati; tembak-menembak saling menembak, ber-tembak-tembakan: menghentikan ~; menembaki menembak beberapa kali (pd), sering kali menembak pd; menembakkan 1. melepaskan peluru senjata api, menembak dgn: kapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh; 2. menen-dang bola ke arah gol; tertembak ditembak, kena tembak: dlm per-tempuran itu seorang mata-mata telah ~ mati; tembakan hasil menembak, letusan senjata api dll: kami telah terbangun kerana ada ~; penembakan perbuatan menembak: laporan mengenai ~ di masjid al-Aqsa pd bulan April ini memberi bukti lanjut kpd pelaporan yg berat sebelah; penembak 1. orang yg menembak; 2. alat (senjata) utk menembak; ~ curi orang yg menembak musuhnya secara sembunyi-sembunyi atau dr tempat yg terselindung, biasanya dr jarak yg agak jauh; ~ tepat orang yg cekap menembak sesuatu sasarannya dgn tepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.ba/] | تيمبق

Definisi : /témbak/; ~ gawar bedilan yg dilepaskan ke udara sbg amaran. hukum ~ hukum mati dgn dibedil. kena ~ kena bedilan senjata api. bertembak-tembakan berbalas-ba­­las tembak; saling membedil. me­nembak melepaskan peluru dll dgn senjata api; membedil: Di samping berkawad, mereka diajar ~ juga. Polis telah ~ perompak itu. menembakkan melepaskan peluru senjata api dsb; menembak dgn: ~ roket ke kubu musuh. tembak-menembak kejadian bertembak-tembakan: Maka berlakulah ~ antara kedua-dua pihak. tertembak kena bedilan senjata api dsb; kena tembak: Dlm pertempuran itu, seorang pengganas telah ~ mati. tembakan 1 hasil drpd menembak: Mereka segera membalas ~ musuh. 2 bunyi letusan senjata api: ~ itu terdengar sampai ke sini. penembakan perbuatan atau hal menembak. penembak 1 orang yg menembak. 2 alat utk menembak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembak
Kata Terbitan : bertembak-tembakan, menembak, tembakan, penembakan, penembak,

Puisi
 

Berdentum bedil Melayu,
     Nak tembak talam tembaga;
Datuk Bandar bukalah pintu,
     Anak dagang nak masuk berniaga.


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. pondok di atas pokok yang berfungsi sebagai tempat buruan.Kalo nak tembok rimo kena buat pakoh.[kA.l nA/ t«m.b/ Äi.m k«.nA bu.wAt pA.kh]Kalau hendak tembak harimau perlu buat pondok di atas pokok.

Kembali ke atas