Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.ba.kau] | تمباکاو

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba yg daunnya dikeringkan dan diracik tipis-tipis utk dibuat rokok, cerut, dll), Nicotiana tabacum; 2. racikan daun tembakau yg telah dikeringkan (utk membuat rokok, cerut, sugi, dll); ~ belati = ~ tin tembakau yg diimport; ~ hutan sj tumbuhan (pokok yg daun dan akarnya dibuat ubat), Solanum verbascifolium; ~ Jawa tembakau dlm negeri; ~ kerosok daun tem-bakau yg telah dikeringkan; ~ lempeng (an) tembakau yg berkeping-keping tipis; ~ sek tembakau yg sangat halus hirisannya; pertembakauan perusahaan memproses tembakau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.kau] | تمباکاو

Definisi : nama sj herba yg daunnya dikeringkan dan dihiris tipis-tipis utk dibuat rokok, cerut dsb, Nicotiana tabacum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembakau

Puisi
 

Sigup cina tembakau cina,
     Asapnya mari berbunga-bunga;
Pandang muka tidak berina,
     Sudah kutahu orang yang punya.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Merokok tembakau Padang, Asap menjulang ke udara; Tinggal adik tinggallah sayang, Abang ditempuh sengsara.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sigup cina tembakau cina, Asapnya mari berbunga-bunga; Pandang muka tidak berina, Sudah kutahu orang yang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hisap sigup tembakau cina, Keluar asap berbunga-bunga; Jangan marah abang bertanya, Bunga di taman siapa punya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hisap rokok tembakau Cina, Terbit asap berbunga-bunga; Wahai adik abang nak tanya, Apakah penyakit tidur tak lena?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Remas-remaslah daun tembakau; Mari diremas di atas papan; Hati cemas bercampur risau, Sedikit pun tidak mahu makan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Berat bersih ribu-ribuan, Berat tembakau tidak ditimbang; Adat berkasih rindu-rinduan, Adat merantau segera pulang.Pantun Melayu SarawakKasih
Petang-petang ribut berdengung, Anak sepat dalam selut; Petang-petang duduk melengung, Duduk lipat tembakau balut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas