Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (témbang) sj ikan laut, Clupea spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw 1. sj karangan berangkap (syair dll) yg dinyanyikan, nyanyian; 2. puisi; menembang menyanyikan (melagukan) tem-bang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tembangtembangKesusasteraanTiadaKarangan berangkap yang dinyanyikan, biasanya berbentuk syair, pantun dan seloka. Kebanyakan puisi Jawa disampaikan dalam bentuk tembang, contohnya kidung yang dilagukan dengan iringan alat muzik gambang dan saron. Tembang berasal daripada bahasa Jawa bermaksud nyanyian atau puisi. Lihat juga kidung.
tembang macapattembang macapatKesenianDrama dan TeaterKaedah melagukan puisi tembang dalam persembahan teater tradisional Indonesia. Tembang macapat biasanya dilagukan ketika kemunculan sesuatu watak utama.
tembangtembangMuzikTiada

Nyanyian puisi yang berasaskan meter puisi Jawa. Contohnya, tembang macapat merupakan nyanyian yang berasaskan me­ter puisi macapat di Jawa. Tembang juga digunakan dalam teater arja Bali yang diiringi gamelan arja.

tembangtembangKesenianDrama dan TeaterBentuk puisi yang digunakan dalam lakon tradisional Indonesia seperti arja di Bali dan ketoprak di Jawa.
arjaarjaKesenianDrama dan TeaterTeater tradisional berbentuk drama tari yang popular di Bali. Persembahannya menggunakan penceriteraan melalui puisi tembang oleh penembang dengan iringan muzik gamelan.
asmaradanaasmaradanaKesusasteraanPuisiPuisi yang mengemukakan perasaan sedih dan kecewa kerana kegagalan bercinta. Susunan bentuk atau struktur fizikalnya terdiri daripada tujuh baris dalam setiap bait. Contohnya, puisi "Asmaradana" yang dikenali juga tembang.
formulaic systemsistem formulaikKesusasteraanTiadaAcuan yang telah ditentukan dalam pembentukan sesebuah puisi lama. Contoh: rima akhir pantun a-b-a-b dan rima akhir syair a-a-a-a dan pucung dalam tembang macapat.
arjaarjaMuzikTiada

 Dramatari atau opera komedi dari Bali. Arja berasaskan cerita epik seperti Mahabharata, panji dan legenda. Arja melibatkan muzik, tarian dan drama, Melodinya berkait dengan nyanyian puisi yang dikenali sebagai tembang. Ensembel gamelan arja ialah suling, kendhang, rincik, guntang, kempli dan kelentang yang mengiringi dramatari arja.

macapatmacapatKesusasteraanTiadaBentuk puisi jawa yang bersifat peribumi. Bentuk puisi ini muncul pada zaman awal kedatangan Islam ke Tanah Jawa. Rangkap macapat terdiri daripada empat hingga sepuluh baris dengan setiap baris mempunyai tiga hingga dua belas suku kata. Semua rima hujung baris rangkapnya terdiri daripada bunyi vokal. Macapat mempunyai meter yang dikenali sebagai �tembang cilik� atau meter kecil, berbeza dengan �tembang gede� atau meter besar. Meter besar dikhaskan untuk puisi yang dipengaruhi bentuk prosodi India seperti kakawin. Bentuk meter macapat dieprkenalkan oleh para wali untuk mencipta puisi mistik atau puisi suluk yang amat popular pada kurun ke-18 dan 19. Puisi macapat biasanya dilagukan dan setiap meternya mempunyai lagu yang tersendiri. Kebanyakan rangkap macapat dinyanyikan tanpa iringan alat bunyi-bunyian. Puisi yang menggunakan bentuk meter macapat ialah puisi Kidung Rangge Lawe. Lihat juga kakawin, kidung.
metrische bewerking (Bld.)olahan terikatKesusasteraanTiadaPuisi-puisi yang mempunyai bentuk-bentuk khusus. Contoh: Pantun: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Syair: Bulan pun sebelah disaput awan, Seperti muka anak perawan; Mengintai kekasihnya malu-maluan, Berputeralah puteri seorang perempuan. Tembang: Adhuh biyung adhuh nini, rahayune durung sida, wis moh dadi wong, anggandhek, apa ta maneh, jinangkah, ngena-ngene tan enak, lah dalah uwis katemu, katekan katekku baya.
12

Kembali ke atas