Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bi.kai] | تمبيکاي

Definisi : sj tumbuhan (herba memanjat dan buah), betika, semangka, timun cina, Citrullus vulgaris; kemendikai, mendelikai, men­dikai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bi.kai] | تمبيکاي

Definisi : nama sj herba menjalar atau buahnya (isi buahnya berwarna merah dan berair serta berasa manis); semangka, Citrullus vulgaris. ~ susu nama sj tembikai yg buahnya berasa manis, kulitnya licin dan berwarna putih kehijau-hijauan, Cucumis melo. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembikai (kata nama)
Bersinonim dengan temikai, semangka, mendikai, mendelikai, kemendikai, betika, timun cina.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah orang yang mengajar silat itu mahaguru? Contoh soalan: Ali yang sedang belajar ilmu silat itu asyik mendengar sambil memerhatikan tunjuk ajar ( mahaguru / jurulatih )nya. 2. Manakah ayat yang betul? A. Buah tembikai itu sudah diambil Ali semalam. B. Buah tembikai itu sudah diambil oleh Ali semalam. C. Buah tembikai itu sudah semalam Ali ambil. Saya berasa keliru dengan jawapan yang diberikan dalam buku. Harap tuan dapat menjawab kemusykilan saya ini. Terima kasih.
1. Mahaguru bermaksud ketua sesuatu kumpulan silat. Dalam ayat yang dinyatakan, memadai menggunakan guru silat.

2. Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.

Tatabahasa19.08.2013
Salam sejahtera puan, apakah kesalahan ayat-ayat berikut :- 1. Ibu tua itu menangis apabila dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri. 2. Buah-buah tembikai yang besar dan manis di dalam kotak-kotak itu. Terima kasih.1. Ibu tua itu menangis kerana dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri.
2. Buah-buah tembikai yang besar dan manis disimpan di dalam kotak-kotak itu.
Tatabahasa19.02.2013
Terjemahan bahasa - Resepi - Loli Beku TembikaiJawapan the- teh masuk - masukkan dari - daripada dietitian - pakar dietEjaan25.01.2013
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul. (manis, lazat) 1. Kuih yang dijual di gerai Pak Cik Ali ___________. 2. Isi buah tembikai yang merah itu _____________ rasanya. Adakah kedua-dua pilihan jawapan diterima untuk setiap soalan di atas? Apakah perbezaan antara lazat, sedap, enak? Terima kasih.(manis, lazat)
1. Kuih yang dijual di gerai Pak Cik Ali _____lazat______.
2. Isi buah tembikai yang merah itu ____manis_________ rasanya.
Adakah kedua-dua pilihan jawapan diterima untuk setiap soalan di atas? Apakah perbezaan antara lazat, sedap, enak? Jawapan: Biasanya, jika merujuk pada "rasa" sesuatu benda/bahan, perkataan yang sesuai digunakan ialah "manis"
Tatabahasa16.10.2014
Bahasa Melayu bagi perkataan Rock melon sejenis buahDalam istilah bahasa Inggeris rock melon juga dikenali sebagai 'cantaloupe' atau 'musk melon' yang bermaksud tembikai Wangi.Makna20.04.2020
Alatan untuk menahan sampah ketika menyapu sampah sama ada pongkes, pencedok atau penadah sampah. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pongkes bermaksud sejenis bakul yang tohor untuk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dan lain-lain), pengki. Pencedok bermaksud 1. alat untuk mencedok  2. alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, penadah sampah ialah padanan untuk bahasa Inggeris dustpan. Berdasarkan ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai ialah penadah sampah.Makna11.05.2012
Bapa sedang ______ durian. ( mengopek / mencekah / membelah / mengupas ) Jawapan yang mana betul?

Saudari/saudari,

Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau.

Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian.

Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah.

Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas.

Jawapan yang betul ialah mencekah.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa14.08.2012

Kembali ke atas