travel pattern | pola kembara | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Corak perjalanan yang disebabkan sesuatu tarikan yang ditawarkan seperti tambang murah, kemudahan rekreasi, tempat lawatan dan lain-lain. |
recreational accommodation | penginapan rekreasi | Perikanan | Tiada | Tempat penginapan yang disediakan oleh pemaju aktiviti rekreasi, sama ada dalam bentuk resort, kapal layar atau rumah kelong. Penginapan rekreasi menyediakan kemudahan tempat tidur, kantin dan alatan memancing. |
recreation development | pembangunan rekreasi | Pelancongan | Tiada | Usaha yang dilakukan oleh perancang atau jabatan untuk mengembangkan peranan dan aktiviti rekreasi di sesuatu tempat. |
country club | kelab desa | Pelancongan | Tiada | Tempat yang menyediakan kemudahan rekreasi dan sosial, yang terletak di kawasan luar bandar. |
fringing reef | terumbu pinggir | Perikanan | Tiada | Terumbu karang yang terdapat di kawasan berhampiran pantai yang berair cetek. Terumbu pinggir biasanya berangkai dan kelihatan jelas dari permukaan air. Kawasan terumbu pinggir merupakan tempat aktiviti rekreasi seperti selam permukaan. |
retreat resort | peranginan ketenangan | Pelancongan | Tiada | Kawasan yang dibangunkan dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan, seperti penginapan, pusat rekreasi dan spa sebagai tempat untuk mencari ketenangan. |
reservoir | empangan | Perikanan | Tiada | Takungan yang dibina untuk menampung air bagi tujuan penjanaan elektrik dan pengawalan banjir. Takungan ini boleh menjadi habitat ikan dan tempat untuk aktiviti perikanan rekreasi dan akuakultur. Sinonim takungan. |
recreational fishing area | kawasan memancing rekreasi | Perikanan | Tiada | Ruang atau tempat yang dikhaskan untuk aktiviti memancing seperti di kolam, tasik, sungai atau laut. |
atoll reef | terumbu atol | Perikanan | Tiada | Terumbu karang yang berbentuk lingkaran menyerupai cincin, yang mengelilingi lagun. Terumbu ini timbul semasa air surut dan tenggelam semasa air pasang. Terumbu atol merupakan tempat untuk melakukan aktiviti rekreasi seperti selam permukaan. Contohnya, terumbu atol yang terdapat di pulau Sipadan. |
fire-pit | lubang bakar | Landskap | Tiada | Tempat atau lubang khas untuk memasang unggun api di kawasan rekreasi seperti tapak perkhemahan. |