Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. waktu, masa: sudah ~nya utk pulang; ada ~nya ada kalanya, kadang-kadang; makan ~ memerlukan masa yg banyak; sekali ~ a) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketika­nya; 2. pd masa, pd ketika, pd saat: ~ itu dia tidak ada di rumahnya; 3. kesempatan (utk berbuat sesuatu), peluang: jika ada ~ saya akan ke rumah saudara besok; 4. peng­unduran waktu, penundaan: mereka diberi ~ seminggu utk menyiapkan kerja itu; minta ~ a) minta tangguh; b) minta cuti; 5. batas waktu yg tertentu, janji (waktu yg dijanjikan): dia diberi ~ tiga bulan utk menjelaskan baki hutangnya; 6. jangka masa yg tertentu (berlakunya sesuatu): telur-telur itu menetas dlm ~ sepuluh hari; ~ dulu bp zaman dahulu, dahulukala; ~ hari a) bp baru-baru ini, beberapa hari yg lalu; b) bp pd ketika itu, dahulu; ~ lampau panas (Geog) tempoh cuaca yg luar biasa panasnya, yg berterusan agak lama; bertempoh dlm tempoh: kerajaan Jerman menghantar kata dua ~ 12 jam kpd Rusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. berhenti dr melakukan sesuatu (bekerja dll), tidak bekerja lagi; tidak ~ a) = tidak ~nya tidak berhenti-henti, sentiasa; b) tidak ~ lagi = dgn tidak ~ dgn serta-merta, dgn segera; 2. beristirahat, berehat, mengaso: bolehlah ~ sebentar, kalau letih; 3. tidak hadir bekerja (bersekolah dll), cuti: dia dapat ~ sehari; 4. = waktu ~ = hari ~ waktu (hari) cuti, kelepasan, libur: waktu ~ tahun baru ini mereka pulang ke kampung; 5. bercuti, berlibur, ber­pakansi: pergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut; menempohkan menghentikan, memer­hati-kan, membenarkan (mengizinkan) beristirahat; tidak ~ tangan sentiasa bekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 masa atau waktu yg tertentu: Sudah sampai ~nya bagi mereka pulang ke tanah air mereka. 2 pd waktu; pd ketika: ~ kami tiba, dia tidak ada di rumahnya. 3 jangka waktu atau masa yg tertentu: Dia diberi ~ tiga bulan utk menghabiskan kerja itu. ~ hari beberapa hari yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 berhenti atau tidak bekerja utk sementara waktu: Tiada ~ ia bekerja. 2 berehat; beristirahat: Bolehlah ~ sebentar kalau letih. 3 tidak hadir bekerja, bersekolah dll; cuti kelepasan: Dia dpt ~ tiga hari. menempohkan menjadikan berhenti; memberhentikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: waktu, jangka masa, jangka waktu,

2. Bersinonim dengan penangguhan: penundaan, pengunduran waktu, peluang, kesempatan.,



Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
expiryn termination, /tamatnya, habisnya/ tempoh; (attrib), /tamat, habis/ tempoh: ~ of a contract, tamatnya tempoh kontrak; ~ date, tarikh habis tempoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
life10. duration in which st functions, tempoh; (of material, machine, etc) hayat; (of cake, tinned food, etc) tempoh tahan: throughout the ~ of the Kennedy administration, sepanjang tempoh pentadbiran Kennedy; the ~ of the battery, hayat bateri; the ~ of the railway sleepers, hayat ranjang landas; shelf-~ of baked cakes, tempoh tahan kek-kek bakar yg diletakkan di rak; a long-~ battery, bateri tahan lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
life10. duration in which st functions, tempoh; (of material, machine, etc) hayat; (of cake, tinned food, etc) tempoh tahan: throughout the ~ of the Kennedy administration, sepanjang tempoh pentadbiran Kennedy; the ~ of the battery, hayat bateri; the ~ of the railway sleepers, hayat ranjang landas; shelf-~ of baked cakes, tempoh tahan kek-kek bakar yg diletakkan di rak; a long-~ battery, bateri tahan lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
term3. limited period of time, tempoh: his ~ of office as Mayor, tempoh dia memegang jawatan Datuk Bandar; he was sentenced to a long ~ of imprisonment, dia dihukum penjara utk tempoh yg lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indefinitelyadv (for an uncertain period of time) bagi tempoh masa yg tdk pasti; (for an unlimited period of time) bagi tempoh masa yg tdk terbatas; (in loose usage) utk selama-lamanya: the meeting was postponed ~, mesyuarat itu ditangguhkan bagi tempoh masa yg tdk pasti; such policies cannot be sustained ~, dasar-dasar begini tdk dapat dipertahankan bagi tempoh masa yg tdk terbatas; you can’t stay here ~, kamu tdk boleh tinggal di sini utk selama-lamanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
span3. period of time, tempoh, jangka: he worked as a blacksmith for a short ~, dia bekerja sbg tukang besi utk tempoh yg singkat saja; most butterflies have a life-~ of only a few days, kebanyakan kupu-kupu mempunyai tempoh hayat selama beberapa hari saja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
timeallotted (period of) ~, tempoh masa: the allotted ~ for this examination is three hours, tempoh masa utk peperiksaan ini ialah tiga jam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
triennial2. lasting for three years, /utk tempoh, selama/ tiga tahun: a ~ parliament, parlimen utk tempoh tiga tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tenure4. period of holding property, tempoh pemegangan: property held on a ninety-nine year ~, hartanah yg dipegang selama tempoh pemegangan sembilan puluh sembilan tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tenure2. period of holding office, tempoh memegang jawatan: there were many reforms during his ~ of office, ada pembaharuan yg banyak dlm tempoh dia memegang jawatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas