Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. waktu, masa: sudah ~nya utk pulang; ada ~nya ada kalanya, kadang-kadang; makan ~ memerlukan masa yg banyak; sekali ~ a) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketika­nya; 2. pd masa, pd ketika, pd saat: ~ itu dia tidak ada di rumahnya; 3. kesempatan (utk berbuat sesuatu), peluang: jika ada ~ saya akan ke rumah saudara besok; 4. peng­unduran waktu, penundaan: mereka diberi ~ seminggu utk menyiapkan kerja itu; minta ~ a) minta tangguh; b) minta cuti; 5. batas waktu yg tertentu, janji (waktu yg dijanjikan): dia diberi ~ tiga bulan utk menjelaskan baki hutangnya; 6. jangka masa yg tertentu (berlakunya sesuatu): telur-telur itu menetas dlm ~ sepuluh hari; ~ dulu bp zaman dahulu, dahulukala; ~ hari a) bp baru-baru ini, beberapa hari yg lalu; b) bp pd ketika itu, dahulu; ~ lampau panas (Geog) tempoh cuaca yg luar biasa panasnya, yg berterusan agak lama; bertempoh dlm tempoh: kerajaan Jerman menghantar kata dua ~ 12 jam kpd Rusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. berhenti dr melakukan sesuatu (bekerja dll), tidak bekerja lagi; tidak ~ a) = tidak ~nya tidak berhenti-henti, sentiasa; b) tidak ~ lagi = dgn tidak ~ dgn serta-merta, dgn segera; 2. beristirahat, berehat, mengaso: bolehlah ~ sebentar, kalau letih; 3. tidak hadir bekerja (bersekolah dll), cuti: dia dapat ~ sehari; 4. = waktu ~ = hari ~ waktu (hari) cuti, kelepasan, libur: waktu ~ tahun baru ini mereka pulang ke kampung; 5. bercuti, berlibur, ber­pakansi: pergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut; menempohkan menghentikan, memer­hati-kan, membenarkan (mengizinkan) beristirahat; tidak ~ tangan sentiasa bekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 masa atau waktu yg tertentu: Sudah sampai ~nya bagi mereka pulang ke tanah air mereka. 2 pd waktu; pd ketika: ~ kami tiba, dia tidak ada di rumahnya. 3 jangka waktu atau masa yg tertentu: Dia diberi ~ tiga bulan utk menghabiskan kerja itu. ~ hari beberapa hari yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 berhenti atau tidak bekerja utk sementara waktu: Tiada ~ ia bekerja. 2 berehat; beristirahat: Bolehlah ~ sebentar kalau letih. 3 tidak hadir bekerja, bersekolah dll; cuti kelepasan: Dia dpt ~ tiga hari. menempohkan menjadikan berhenti; memberhentikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: waktu, jangka masa, jangka waktu,

2. Bersinonim dengan penangguhan: penundaan, pengunduran waktu, peluang, kesempatan.,



Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Autoriti perakuan menetapkan polisi dalam proses PKI dan membina perakuan dalam bentuk sijil digital untuk pengguna. Pihak ini juga menetapkan tarikh luput untuk sijil perakuan dan menguruskan kerja perakuan sepanjang tempoh hayat sijil tersebut. Autoriti perakuan juga bertanggungjawab menarik semula sijil yang luput tarikh, hilang atau keselamatannya dicurigai. autoriti perlindungan data (Ig. data protection authority; Br. autoriti perlindungan data; Id. autoritas dipasang pada telefon atau litar telekomunikasi untuk merekodkan semua maklumat panggilan keluar yang dibuat daripada telefon. Maklumat yang direkodkan meliputi nombor telefon yang didail, tarikh, masa mula, masa tamat, dan tempoh panggilan berkenaan. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 27 6/6/11 4:01:34 PM 28 dail semula dasar keselamatan berasaskan peraturan dail semula (Ig. dial back; Br. dail semula

Kembali ke atas