Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. waktu, masa: sudah ~nya utk pulang; ada ~nya ada kalanya, kadang-kadang; makan ~ memerlukan masa yg banyak; sekali ~ a) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketika­nya; 2. pd masa, pd ketika, pd saat: ~ itu dia tidak ada di rumahnya; 3. kesempatan (utk berbuat sesuatu), peluang: jika ada ~ saya akan ke rumah saudara besok; 4. peng­unduran waktu, penundaan: mereka diberi ~ seminggu utk menyiapkan kerja itu; minta ~ a) minta tangguh; b) minta cuti; 5. batas waktu yg tertentu, janji (waktu yg dijanjikan): dia diberi ~ tiga bulan utk menjelaskan baki hutangnya; 6. jangka masa yg tertentu (berlakunya sesuatu): telur-telur itu menetas dlm ~ sepuluh hari; ~ dulu bp zaman dahulu, dahulukala; ~ hari a) bp baru-baru ini, beberapa hari yg lalu; b) bp pd ketika itu, dahulu; ~ lampau panas (Geog) tempoh cuaca yg luar biasa panasnya, yg berterusan agak lama; bertempoh dlm tempoh: kerajaan Jerman menghantar kata dua ~ 12 jam kpd Rusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. berhenti dr melakukan sesuatu (bekerja dll), tidak bekerja lagi; tidak ~ a) = tidak ~nya tidak berhenti-henti, sentiasa; b) tidak ~ lagi = dgn tidak ~ dgn serta-merta, dgn segera; 2. beristirahat, berehat, mengaso: bolehlah ~ sebentar, kalau letih; 3. tidak hadir bekerja (bersekolah dll), cuti: dia dapat ~ sehari; 4. = waktu ~ = hari ~ waktu (hari) cuti, kelepasan, libur: waktu ~ tahun baru ini mereka pulang ke kampung; 5. bercuti, berlibur, ber­pakansi: pergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut; menempohkan menghentikan, memer­hati-kan, membenarkan (mengizinkan) beristirahat; tidak ~ tangan sentiasa bekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 masa atau waktu yg tertentu: Sudah sampai ~nya bagi mereka pulang ke tanah air mereka. 2 pd waktu; pd ketika: ~ kami tiba, dia tidak ada di rumahnya. 3 jangka waktu atau masa yg tertentu: Dia diberi ~ tiga bulan utk menghabiskan kerja itu. ~ hari beberapa hari yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 berhenti atau tidak bekerja utk sementara waktu: Tiada ~ ia bekerja. 2 berehat; beristirahat: Bolehlah ~ sebentar kalau letih. 3 tidak hadir bekerja, bersekolah dll; cuti kelepasan: Dia dpt ~ tiga hari. menempohkan menjadikan berhenti; memberhentikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: waktu, jangka masa, jangka waktu,

2. Bersinonim dengan penangguhan: penundaan, pengunduran waktu, peluang, kesempatan.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intermittent springmata air berjedaGeografiTiadaMata air yang meluah hanya dalam tempoh-tempoh tertentu dan tidak dalam tempoh lain.
intermittent springmata air berjedaGeologiTiadaMata air yang meluah hanya dalam tempoh-tempoh tertentu dan tidak dalam tempoh lain.
grace periodtempoh tenggang/tempoh tangguhPentadbiran PerniagaanTiadaTempoh yang ditetapkan dalam polisi insurans, biasanya 30 atau 31 hari selepas tempoh premium patut dibayar. Dalam tempoh tenggang ini perlindungan insurans tetap berkuat kuasa walaupun premium belum berbayar dan tiada penalti dikenakan.
elimination periodtempoh singkirPentadbiran PerniagaanTiadaTempoh perhatian atau tempoh tangguh yang terdapat di dalam sesuatu polisi insurans kesihatan. Dalam tempoh ini pihak insurer tidak akan membuat sebarang bayaran faedah kepada insured.
waiting periodtempoh tangguhPentadbiran PerniagaanTiadaTempoh perhatian atau tempoh tangguh yang terdapat di dalam sesuatu polisi insurans kesihatan. Dalam tempoh ini pihak insurer tidak akan membuat sebarang bayaran faedah kepada pihak yang diinsuranskan.
excepted periodtempoh terkecualiPentadbiran PerniagaanTiadaTempoh selepas permulaan tarikh polisi apabila faedah penyakit tidak akan dibayar. Tujuan tempoh ini untuk mengecualikan penyakit sebenar yang dihidapi sebelum polisi berkuat kuasa. Ini berlainan daripada tempoh singkir dan tempoh tangguh.
generation timetempoh penjanaan; tempoh generasiFizikTiadaTiada
generation timetempoh penjanaan; tempoh generasiKejuruteraanTiadaTiada
adjustment periodtempoh pelarasan; tempoh penyesuaianPentadbiranTiadaTiada
collection periodtempoh kutipan/tempoh pungutanEkonomiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas