Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.mu] | تمو

Definisi : bertemu 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn), bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat, menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini; 5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok (perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai: akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah; ~ dgn maut meninggal dunia, mati; ~ ketika Kl cukup semusim (sebulan, seminggu); ~ lutut a) duduk dgn merapatkan lutut; b) duduk rapat sekali (kerana ramai orang); ~ muka ber-hadapan muka, bersemuka; ~ waktu dr satu waktu hingga ke waktu yg sama pd hari yg lain (dlm sembahyang); menemu ark mendapat; tak ~ Jh tidak ber­jumpa; menemui 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men­ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), men-derita, merasai: perasaannya masih ter­lalu polos dan kurang mengerti akan ke­mung­kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; menemukan 1. = menemui mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; 2. men-dapati atau menjumpai (sesuatu yg tersem-bunyi, belum diketahui lagi); 3. mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan): apa yg kita perlukan ialah ~ kata yg tepat yg sanggup menjelmakan emosi; mempertemukan 1. membawa (menjadi­kan) supaya bertemu, menyemukakan: biar-lah engkau tolong ~ saya dgn dia, supaya saya bermaafan dengannya; Tuhan yg Maha Pengasih akan ~ aku dgn ayah; 2. mem-perhadapkan; 3. memperhubungkan, merapat-kan: kedua-dua belah hujungnya diper-temukan; 4. menyatukan kembali; 5. = ~ jodoh mengahwinkan (memperisterikan, mem-persuamikan); pertemuan 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkum­pul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkum­pulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkah­winan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan; penemuan 1. perihal menemui atau mene­mukan: pekebun sayur itu memberitahu polis mengenai ~ senjata api itu; 2. sesuatu yg didapati (ditemui): beliau telah membuat beberapa ~ dlm bidang kimia; penemu orang yg menemui (alat baru dll); ketemu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.mu] | تمو

Definisi : sj tumbuhan (herba yg berumbi yg dijadikan ramuan ubat); jenis-jenisnya: ~ giring sj tumbuhan (herba), Curcuma heyneana; ~ hitam = ~ erang = ~ ireng sj tumbuhan (herba), Curcuma aeruginosa; ~ kunci = ~ kecil sj tumbuhan (herba), dekunci, merkunci, Gastrochilus panduratum; ~ kunyit = ~ kuning sj tumbuhan (herba), kunyit, Curcuma domes-tica; ~ lawak = ~ lawas = ~ raya sj tumbuhan (herba), Curcuma xanthorrhiza; ~ mangga = ~ putih = ~ kuning sj tumbuhan (herba), kuncur, Curcuma zedoaria; ~ puteri sj tum-buhan (herba), kencur, Kaempferia rotunda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.mu] | تمو

Definisi : ; bertemu 1 berjumpa (dgn); ber­sua (dgn): Dlm perjalanan itu, me­reka ~ dgn seekor harimau. Kemudian, Tun Mamat ~ dgn sebuah taman yg terlalu indah buatannya. 2 beroleh atau mendapat sesuatu yg dicari: Ia mencari air tetapi tiada juga ~. 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya, hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. ~ dgn maut meninggal dunia; mati. ~ muka berhadapan muka; bersua. menemui 1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati. menemukan 1 mendapat atau mencipta sesuatu yg baru: Pakar-pakar perubatan telah ~ cara mengubati penyakit itu. 2 memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penye­lidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. mempertemukan 1 mem­bawa atau membuat supaya bertemu: Jika perlu, saya boleh ~ saudara dgn pegawai itu. ~ jodoh mengahwinkan. 2 menjadikan berhubungan atau ber­cantum: Beliau kemudian telah ~ kedua-dua belah hujung dawai itu. pertemuan 1 perihal bertemu (dgn kawan dll): 2 perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. 3 tempat bertemu (ttg sungai dll): Kuala Lipis letaknya di ~ Sungai Jelai dgn Sungai Lipis. penemuan 1 sesuatu yg diperoleh atau yg ditemukan. 2 hal atau perbuatan menemui atau menemukan. penemu orang yg menemukan atau yg mencipta sesuatu yg baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Pohon temu tumbuhnya rapat,
     Rapat lagi si pohon jati;
Kawan beribu mudah didapat,
     Sahabat setia payah dicari.


Lihat selanjutnya...(7)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Temu Ramah bersama Penyair Pengiran Dato Seri Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. RahmanArif Karkhi AbukhudairiBAHANA1 November 2008
Temu penyair se-SumateraSage, Lazuardi AdiHorison1 January 1998
Temu penyair dan diskusiSage, Lazuardi AdiHorison1 January 1998
Temu Teater 1987 di Kuala TerengganuTiadaDewan Sastera1 February 1988
Temu Kritikus dan Sasterawan 1984 Jakarta: menyatukan dua buah duniayang hampir terpisahMana SikanaDewan Sastera1 February 1985
Temu sastera 1990TiadaDewan Sastera1 April 1990
Temu Sastra DKM 1976: jambatan mesra sastra Indonesia - MalaysiaTiadaDewan Sastra15 October 1976
Temu PuisiTiadaDewan Sastera1 December 1991
Temu bual dengan Menteri Kanan Singapura tentang masa depan AsiaTiadaDewan Masyarakat1 June 1996
Malam Temu Puisi II memikat audienMuhammad Qaf Qayyum MoechtarDewan Sastera15 October 1984
12

Kembali ke atas