Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tenaga yg dihasilkan oleh kuasa elektrik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tenaga yg diperoleh drpd geseran atau drpd tindakan kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIKROFON

Mikrofon ialah sejenis peranti yang menukar

bunyi menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini

bergerak dengan segera melalui wayar atau

gelombang radio kepada penerima yang

disambungkan kepada satu pembesar suara atau alat

lain yang menukarkannya semula kepada bunyi.

Mikrofon yang sering kali dikenali sebagai ‘mike’ juga

digunakan untuk merakam bunyi.

UMUM 
TERMOGANDINGAN

Termogandingan ialah peranti elektrik yang

menukarkan haba kepada tenaga elektrik atau

tenaga elektrik kepada haba. Termogandingan

dibuat dengan memintal hujung dua dawai

berlainan jenis, seperti besi dan tembaga, untuk

membentuk simpangan . Hujung yang satu lagi juga

dipintal untuk membentuk satu lagi simpangan.

Jika satu simpangan dipanaskan, ammeter yang

disambungkan kepada satu daripada dawai di

antara simpangan akan menunjukkan pengaliran

arus termoelektrik (dijana oleh haba).

UMUM 
SEL ELEKTROKIMIAMerupakan sel kimia yang melibatkan perubahan tenaga kimia kepada tenaga elektrik.KIMIAProses/Tindak Balas
MOTOR ELEKTRIK

Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan

tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk

melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk

menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin

basuh, penyaman udara dan pembersih vakum

termasuk motor elektrik, begitu juga pengering

rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan

gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor

menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain

kelengkapan untuk membolehkan kilang

berjalan lancar.

UMUM 
KUASA ELEKTRIK

Kuasa elektrik ialah penggunaan tenaga elektrik

untuk melakukan kerja. Ia menerangi, memanaskan

dan menyejukkan suhu rumah. Elektrik juga

dapat membekalkan kuasa untuk set televisyen,

peti sejuk, pembersih vakum dan banyak lagi alat

rumah. Kuasa elektrik menggerakkan jentera di

kilang. Eskalator, lif dan komputer, dan banyak lagi

alat bagi kegunaan di kedai dan pejabat menggunakan

kuasa elektrik. Elektrik memacu dan menggerakkan

kereta api dan sistem pengangkutan

bawah tanah. Di ladang, jentera elektrik melakukan

kerja seperti mengepam air, memerah susu lembu

dan mengeringkan rumput kering.

UMUM 
TENAGA NUKLEAR

Tenaga nuklear , dikenali juga sebagai tenaga

atom , ialah jenis tenaga yang paling kuat yang pernah

diketahui. Ia mengeluarkan haba dan cahaya matahari

yang sangat kuat dan letupan senjata nuklear yang

menghancurkan. Tenaga nuklear terhasil daripada

perubahan dalam nukleus (teras) atom. Ahli sains dan

jurutera telah menemui banyak kegunaan tenaga ini,

terutamanya dalam penghasilan tenaga elektrik.

Tetapi mereka belum berupaya untuk menggunakan

sepenuhnya kuasa nuklear. Jika tenaga nuklear

dimajukan sepenuhnya, ia boleh membekalkan

kesemua tenaga elektrik dunia selama berjuta-juta

tahun.

UMUM 
METER ELEKTRIK

Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus

elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan

meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam,

amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh

pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam.

Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan

selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam

elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik

menyambungkan meter kepada talian yang

membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter

dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat

berdasarkan bacaan ini.

UMUM 
KUASA AIR

Kuasa air ialah sumber tenaga yang bernilai.

Apabila bahan api seperti batu arang, minyak, dan

bahan api nuklear telah dibakar sebagai sumber

tenaga, ia tidak boleh digunakan semula. Tetapi air

yang digunakan sebagai sumber tenaga tidak habis

digunakan. Air yang mengalir berterusan di bumi

boleh dimanfaatkan untuk mengeluarkan tenaga

mekanikal dan tenaga elektrik yang berguna.

UMUM 
PETROLEUM

Petroleum adalah salah satu daripada sumber

semula jadi yang paling berharga di dunia.

Sesetengah orang menamakan petroleum emas

hitam , tetapi lebih baik sekiranya ia diperikan

sebagai nadi negara perindustrian. Bahan api yang

dibuat daripada petroleum membekalkan kuasa

kepada kereta, kapal terbang, kilang, kelengkapan

ladang, trak, kereta api, dan kapal. Bahan api

petroleum juga menjana haba dan tenaga elektrik

untuk rumah dan premis perniagaan.

Keseluruhannya, petroleum membekalkan hampir

separuh daripada tenaga yang digunakan di dunia.

UMUM 
KAPASITOR

Kapasitor ialah alat yang menyimpan tenaga

elektrik dalam bentuk cas elektrik. Kapasitor

mempunyai banyak kegunaan dalam litar elektrik

dan litar elektronik.

UMUM 
12

Kembali ke atas