Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pejabat Sumber Tenaga Manusia, adakah nama tersebut mempunyai sempang atau penggunaan tersebut betul.Penulisan frasa  nama  "Pejabat Sumber Tenaga Manusia" ini  betul.Tatabahasa16.08.2022
Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih

guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;

pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja;

sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi;

hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);

Makna05.12.2007
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
Keterangan yang jenis bagi MODAL INSANModal insan ialah istilah lain bagi tenaga manusia atau tenaga pekerja. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.moe.gov.myMakna27.01.2007
ASKUM.......SAYA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG ISTILAH MODL INSANModal insan ialah tenaga manusia yang berpengetahuan, berdisiplin dan berakhlak. Modal insan merupakan faktor penting dalam pembangunan negara. Pembinaan modal insan bermula daripada aspek pendidikan, kemahiran dan agama serta akhlak yang baik. Sila rujuk rencana-rencana yang berkaitan perkara ini dalam akhbar perdana.Makna07.04.2007
apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan sumber manusia

Secara ringkasnya bermaksud usaha atau kegiatan membangunkan sumber tenaga manusia untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti.

Makna29.01.2009
Saya ingin penjelasan berkaitan penterjemahan yang paling tepat bagi gelaran berikut: 1) Head, Group Human Resource Management Penterjemahan yang kami guna adalah: "Ketua, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan" Tapi ada yang kata penterjemahan yang tepat adalah "Ketua, Pengurusan Sumber TENAGA Manusia Kumpulan"Terjemahan yang sesuai bagi Head, Group Human Resource Management ialah Ketua Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia Makna24.08.2017
Perkataan "mengenai" tergolong dalam kata apa? Cth ayat: 1.Tembakan itu mengenai sasaran. 2. Datuk bercerita mengenai kehidupannya semasa kecil.Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.

Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut:
1. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.
Tatabahasa19.10.2012
1. bezakan-'terhadap' , 'tentang' dan 'mengenai' 2. sila sertakan contoh yang sesuai

Terhadap  - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Tentang -  digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarab. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. 

Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh:  Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.  

Tatabahasa02.02.2010
Salam Sejahtera Tuan, Saya ingin bertanya tentang perkataan "mengenai", saya masih tidak mendapat kepastiaan tentang perkataan ini. Adakah digunakan hanya pada kenanya sasaran. Contoh ayat, Tembakan itu mengenai sasaran. Tetapi dalam tatabahasa dewan edisi ketiga muka surat 402, no 166 pula menyatakan yang sebaliknya. Sekian, terima kasihPerkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contohnya, "Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan".
Tatabahasa27.11.2015
123

Kembali ke atas