Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tenaga atom; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Fiz) tenaga yg terhasil drpd tindak balas atom atau nukleusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tenaga yg terhasil drpd tidak balas nukleus; tenaga atom. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENAGA NUKLEAR

Tenaga nuklear , dikenali juga sebagai tenaga

atom , ialah jenis tenaga yang paling kuat yang pernah

diketahui. Ia mengeluarkan haba dan cahaya matahari

yang sangat kuat dan letupan senjata nuklear yang

menghancurkan. Tenaga nuklear terhasil daripada

perubahan dalam nukleus (teras) atom. Ahli sains dan

jurutera telah menemui banyak kegunaan tenaga ini,

terutamanya dalam penghasilan tenaga elektrik.

Tetapi mereka belum berupaya untuk menggunakan

sepenuhnya kuasa nuklear. Jika tenaga nuklear

dimajukan sepenuhnya, ia boleh membekalkan

kesemua tenaga elektrik dunia selama berjuta-juta

tahun.

UMUM 
NUKLEUS

Nukleus lihat Atom; Tenaga nuklear.

UMUM 
SZILARD, LEO

Szilard, Leo (1898–1964) ialah ahli fizik Amerika

yang merintis usaha dalam pembangunan

perkembangan tenaga nuklear. Bersama Enrico

Fermi, dia merintis kaedah menyusun grafit dan

uranium yang memungkinkan terciptanya reaktor

nuklear pertama mapan kendiri pada tahun 1942.

Pada bulan Julai 1939, Szilard dan Eugene Wigner

mengunjungi Albert Einstein. Einstein kemudiannya

menulis kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin

D. Roosevelt dan memulakan sokongan kerajaan

terhadap tenaga nuklear, yang membawa kepada

pembinaan bom nuklear. Szilard lahir di Budapest,

Hungary. Dia menjadi warganegara Amerika Syarikat

pada tahun 1943. Dia dan Wigner berkongsi

Anugerah Atom untuk Perdamaian (Atoms for Peace

Award) pada tahun 1959.

UMUM 
AGENSI TENAGA ATOM ANTARABANGSA (INTERNATIONAL ATOMIC ENERGY AGENCY–IAEA)

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

(International Atomic Energy Agency-IAEA) ialah

organisasi yang menggalakkan penggunaan

tenaga nuklear untuk tujuan keamanan di seluruh

dunia.

UMUM 
MAKMAL KEBANGSAAN OAK RIDGE

Makmal Kebangsaan Oak Ridge, di Oak

Ridge, Tennessee, ialah salah sebuah pusat

penyelidikan dan pembangunan tenaga yang

terbesar di Amerika Syarikat. Kerja di makmal ini

memberi tumpuan utama kepada teknologi

tenaga nuklear. Penyelidik di Oak Ridge

menjalankan eksperimen dengan pembelahan

nuklear dan pelakuran nuklear. Makmal ini juga

merupakan sumber utama radioaktif dan isotop

yang stabil di Amerika Syarikat yang digunakan

dalam lapangan perubatan, industri, dan

penyelidikan.

UMUM 
PITCHBLEND

Pitchblend ialah sejenis uranit, iaitu mineral

yang terdiri daripada terutamanya uranium dan

oksigen. Bijih ini mengandungi radioaktif yang

sangat tinggi. Pada tahun 1898, ahli fizik Perancis

Marie dan Pierre Curie mendapatkan radium, iaitu

unsur nadir yang digunakan dalam perubatan dan

sains fizikal, daripada pitchblend. Pitchblend

adalah sumber utama uranium, yang digunakan

untuk menghasilkan tenaga nuklear.

UMUM 
PLUMBUM

Plumbum , unsur kimia yang berat, berwarna

kelabu kebiruan, adalah satu daripada logam yang

paling lama diketahui di dunia. Simbol kimianya,

Pb, berasal daripada perkataan Latin, plumbum .

Manusia telah menggunakan plumbum ribuan

tahun dahulu sebagai bahan binaan, bahan untuk

perpaipan air dan membuat tembikar serta objek

lain. Kini, plumbum adalah penting kepada banyak

industri, terutamanya industri yang menghasilkan

bahan kimia, tenaga nuklear dan petroleum.

UMUM 
REAKTOR NUKLEAR

Reaktor nuklear ialah peranti yang

menghasilkan amat banyak tenaga daripada sedikit

bahan api. Ia kadangkala dikenali sebagai tindanan

reatom . Reaktor nuklear menjana tenaga

terutamanya dalam bentuk haba melalui proses

yang dikenali sebagai pembelahan nuklear .

Pembelahan nuklear ialah pembelahan nukleus

atom uranium atau atom plutonium.

UMUM 
TENAGA SURIA

Tenaga suria ialah tenaga yang dikeluarkan

oleh matahari. Ia terdiri daripada cahaya, haba,

dan bentuk sinaran elektromagnet lain (lihat

Sinaran ( Sinaran elektromagnet)). Tenaga suria

dihasilkan oleh tindak balas nuklear yang berlaku

di dalam matahari.

UMUM 
SENJATA NUCLEAR

Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang

memperoleh kuasa pemusnahnya daripada

perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga.

Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini

termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam,

periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang

paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding

sebarang senjata konvensional (bukan nuklear).

UMUM 
12

Kembali ke atas