Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg bekerja, orang yg mengerja­kan sesuatu, kakitangan: wanita ialah ~ manusia yg merupakan harta terpendam yg belum dihargai sepenuh-penuhnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Keterangan yang jenis bagi MODAL INSANModal insan ialah istilah lain bagi tenaga manusia atau tenaga pekerja. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.moe.gov.myMakna27.01.2007
Mohon bantuan definisi/penggunaan istilah pekerja dan guna tenaga bagi tujuan penerbitan ekonomi. Bolehkah penggunaan istilah pekerja diganti dengan guna tenaga.Menurut Kamus Pelajar maksud pekerja ialah orang yg bekerja untuk memperoleh pendapatan. Maka  istilah guna tenaga tidak bersesuaian untuk digantikan dengan istilah pekerja.Makna10.07.2017
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
Apakah terjemahan untuk "high value workforce" dan "staff engagement programme".

Tidak data mengenai dua istilah yang dikemukakan. Namun, DBP mencadangkan istilah “High Value Workforce” sebagai “Tenaga Kerja Bernilai Tinggi”. Bagi istilah “Staff Engagement Programme” boleh dicadangkan “Program Pengambilan Pekerja” atau “Program Pelibatan Staf”. Sukacita kami mencadangkan agar sekiranya konteks “engagement” yang dimaksudkan ialah program untuk melibatkan pekerja, namakan program tersebut dengan nama khas da menerapkan matlamat program dengan konteks makna – pelibatan pekerja.

Istilah20.02.2014

Kembali ke atas