cutback | pengurangan | Pentadbiran | Tiada | Bilangan tenaga pekerja dikurangkan akibat kemerosotan dalam aktiviti perniagaan. |
growth strategy | strategi perkembangan | Pentadbiran | Tiada | Strategi korporat yang cuba mempertingkatkan kendalian organisasi dari segi peningkatan pendapatan, tenaga pekerja dan penaklukan pasaran. |
retrenchment strategy | strategi pengurangan pekerja | Pentadbiran | Tiada | Strategi korporat yang bertujuan mengurangkan tenaga pekerja. |
shell-leaf filter | penapis kelompang daun | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Alat penapisan pepejal daripada bendalir pada keadaan tekanan yang tinggi bagi menjimatkan tenaga pekerja dan memudahkan pembasuhan kek. Penapis ini terdiri daripada beberapa penapis yang disusun di dalam kelompang tertutup. Bendalir yang akan ditapis disuapkan ke dalam kelompang melalui penapis dan bendalir yang bersih dikeluarkan di bahagian hujung kelompang. Unit ini kerap digunakan dalam proses penapisan yang menggunakan bahan bantu turas. |
building system | sistem binaan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Sistem yang banyak menggunakan teknik pasangsiap dan komponen-komponen strukturnya juga selaras dengan keperluan sistem bermodul. Tujuan utama sistem binaan ini ialah untuk menghasilkan satu kaedah yang bukan sahaja boleh menjimatkan masa pembinaan dan tenaga pekerja tetapi juga dapat menghasilkan struktur yang lebih bermutu. |
slow growth technique | teknik pertumbuhan lambat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Salah satu daripada teknik penyimpanan plasma germa in vitro, iaitu dengan cara menyimpan kultur pada suhu rendah dan tempoh subkultur boleh dipanjangkan sehingga 12 bulan atau lebih. Teknik ini bertujuan untuk mengurangkan input tenaga pekerja dan ralat. |
loose fruits | buah lerai | Pertanian | Agroteknologi | Buah kelapa sawit yang terlerai daripada tandan apabila dituai. Tandan yang dituai biasanya jatuh terus ke tanah dan buah yang longgar akan terlerai apabila terhempas ke tanah. Sekiranya buah yang terlerai ini tidak dipungut, ia akan menyebabkan kerugian hasil. Terdapat beberapa jenis jentera telah direka untuk memungut buah terlerai tanpa menggunakan tenaga pekerja yang banyak. |
sex discrimination | diskriminasi jantina | Ekonomi | Tiada | Layanan kurang baik terhadap pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki. Misalnya, pembayaran gai dan upah yang rendah diberi kepada pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki kerana prasangka terhadap kebolehan , kemahiran, dan kekuatan tenaga fizikal kaum wanita, serta ketiadaan kesatuan sekerja wanita. Sinonim diskriminasi wanita. |
blue collar worker | pekerja kolar biru | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Golongan buruh atau pekerja yang menggunakan banyak tenaga fizikal dan biasanya melakukan kerja-kerja teknikal, kemahiran dan pertukangan. Pekerja ini termasuklah juruteknik, mekanik, tukang kayu atau besi serta kerja-kerja elektronik di kilang. Golongan ini selalu dibezakan dengan golongan kolar putih yang selalu dikaitkan dengan kerja pejabat seperti golongan perkeranian dan pengurusan. |
wage | upah | Ekonomi | Tiada | Bayaran hasil jualan tenaga kerja pekerja oleh majikan. |