Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ténang); menenang membidik, memitar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll): ~ bagai air dlm kuali; laut yg biasanya bergelora telah bertukar menjadi ~; 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan): ~ fikirannya; ia duduk dgn ~; setelah keadaan menjadi ~, mereka pun kembali ke kota; ~-lenang tenang sekali;bertenang, bertenang-tenang mengerja­kan sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk meng­hadapi peperiksaan; Aini yg sedang berte­nang-tenang itu tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya;menenangkan menjadikan tenang, menen­teramkan, meredakan: beliau mencuba ~ fikirannya; ~ fikiran (perasaan) a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yg susah; b) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur; ~ hati menenteramkan hati; ketenangan perihal tenang, keamanan, ketenteraman penenang (sesuatu) yg menenangkan: ubat ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /ténang/; menenang me­mejamkan mata sebelah utk melihat sesuatu tepat-tepat; membidik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 tidak berkocak atau tidak berombak (ttg air, laut dll); teduh (ttg angin, ribut dll): Air yg ~ jangan disangka tiada buaya. 2 ki tidak berasa gelisah (runsing dsb); aman dan tenteram (ttg keadaan dlm negeri dll): Beliau telah menjawab segala soalan itu dgn ~. Setelah anaknya kembali dgn selamat, barulah ~ fikirannya. ~-lenang sangat tenang. bertenang berbuat sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru). menenangkan menjadikan atau menyebabkan tenang; me­nenteramkan; meredakan: Dia ber­­nyanyi-nyanyi utk ~ hatinya yg runsing. ketenangan keadaan atau hal tenang; ketenteraman; ke­amanan. penenang 1 se­suatu (ubat, kata-kata dsb) yg mene­nangkan. 2 orang yg menenangkan: Anak tunggalnyalah yg menjadi ~ hidup­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenang (adjektif)
1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora,
Berantonim dengan bergelora

2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem,
Berantonim dengan runsing gelabah

3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang,

Puisi
 

Tenang-tenang air laut,
     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Air yang tenang,
     jangan disangka tiada berbuaya.

Bermaksud :

Orang yang diam jangan disangka pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clam beltjalur tenangMeteorologiMeteorologi PerhubunganJalur latitud yang berangin silir, dan arah anginnya berubah-ubah. Jalur tenang utama terdapat di latitud kuda (tenang Sartan dn tenang Jadi) dan doldrum.
calmtenangGeografiTiadaAngin yang mempunyai daya kurang daripada 0 pada skala Beaufort. Halaju angin adalah kurang daripada 1 knot. Tenang boleh berlaku pada bila masa dan di mana-mana kawasan latitud. Tenang lazim berlaku di jaluran-jaluran tekanan tinggi subtropika.
calmtenangGeologiTiadaAngin yang mempunyai daya kurang daripada 0 pada skala Beaufort. Halaju angin adalah kurang daripada 1 knot. Tenang boleh berlaku pada bila masa dan di mana-mana kawasan latitud. Tenang lazim berlaku di jaluran-jaluran tekanan tinggi subtropika.
calms of Capricorntenang JadiMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan tenang yang berlaku di kawasan jalur tekanan tinggi subtropika di lautan, pada latitud kuda, iaitu kira-kira 30�S.
calms of Cancertenang SartanMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan tenang yang berlaku di kawasan jalur tekanan tinggi subtropika di lautan, pada latitud kuda, iaitu kira-kira 30�U.
calmtenangMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan tidak ada angin. Dalam skala Beaufort, daya angin tenang diberi nilai 0, dan setara dengan laju angin yang kurang daripada satu knot.
polar belt of calmkawasan angin tenang kutubGeografiTiadaKawasan angin tenang di kutub utara dan selatan.
horse latitudeslatitud kudaMeteorologiMeteorologi PerhubunganKawasan tenang di lautan kira-kira pada latitud 30� - 40� di kedua-dua hemisfera. Di kawasan ini, angin tenang dan cuacanya panas serta kering.
lee currentarus teduhPerikananTiadaArus di bahagian permukaan air tenang atau arus lemah yang bersebelahan dengan arus permukaan air berkocak atau air deras. Kebanyakan ikan gemar bermain di antara sempadan air tenang dengan air berkocak kerana kawasan ini mempunyai banyak sumber makanan. Pemancing gemar memancing di kawasan arus teduh kerana umpan bulu kering mudah digunakan di kawasan ini bagi memancing ikan yang memakan umpan dengan cara menyedut, seperti ikan kaloi.
lulltenangEkonomiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas