Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tenat (adjektif)
1. Bersinonim dengan letih lesu: penat lelah, jerih,
Berantonim dengan segar

2. Bersinonim dengan teruk: berat, parah, serius, genting, kritikal, melarat, akut, keras, kuat,
Berantonim dengan ringan

Kata Terbitan : ketenatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.PENGGUNAAN "DARI" UNTUK APA/SIAPA? 2.PENGGUNAAN "DARIPADA" UNTUK APA/SIAPA? 3.ADAKAH AYAT "WALAU BAGAIMANAPUN" MASIH BOLEH DIGUNAKAN DALAM SURAT MENYURAT RASMI? JIKA TIDAK AYAT YANG MANAKAH YANG SESUAI DIGUNAKAN?Kata sendi nama dari digunakan di : 1) Hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contoh ayat: Awak datang dari mana? 2) Contoh yang menyatakan waktu atau masa - Ayat: Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari. Kata sendi nama daripada pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut: a) Punca bagi manusia atau instituisi, haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak). b) Sumber atau kejadian sesuatu benda c) Perbezaan atau perbandingan d) Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan.Tatabahasa05.08.2007
1. Bilakah 'dari' dan 'daripada' digunakan? Sila beri contoh. 2. Bolehkah tanda koma digunakan sebelum perkataan 'tetapi', terutamanya jika ayat itu panjang? Contoh: Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana, tetapi aku hidup dalam aman dan selamat." Sekian. Terima kasih.

1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas

2. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum tetapi, contohnya Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana tetapi aku hidup dalam aman dan selamat.

Tatabahasa08.08.2011
Saya mempunyai beberapa soalan di sini. 1) Saya ingin kepastian penggunaan perkataan DARI dan DARIPADA secara betul. 2) Saya juga ingin kepastian makna dan kesesuaian perkataan itu digunakan contoh seperti perkataan sayugia, waima dan natijah. Terima kasih di atas ulasan pihak tuan.

1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas, sebahagian DARIPADA pelajar sekolah itu sudah pulang ke kampung, Ali lebih tinggi DARIPADA Ahmad.

2. Ejaan yang betul ialah seyogia, daripada  perkataan yogia. Seyogia membawa makna sepatutnya, selayaknya, semestinya. Contoh ayat: jikalau tuan hendak belayar, seyogianya hamba dibawa. Waima berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud  sama ada, walaupun. Contoh ayat: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan. Natijah:  keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat. Contoh ayat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu.

Tatabahasa30.11.2010
Salam sejahtera, Tuan/Puan Saaya amat keliru tentang penggunaan kata sendi nama 'dari' dan 'daripada'. Walaupun telah merujuki Kamus Dewan Edisi Empat dan bertanyakan guru bahasa, jawapan yang diberikan masih bercangggah. Bolehkah tuan/puan mengesahkan ayat manakah yang betu? 1a) Keluarkan air dari akuarium 1b) Keluarkan air daripada akuarium 2a) Minium jus dari kotak minuman 2b) Minum jus daripada kotak minuman 3a) Jauhkan kerosin dari sumber haba 3b) Jauhkan kerosin daripada sumber haba Sekian, terima kasih CKKata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contoh: 1. Lori itu datang dari arah kiri. 2. Saya datang dari kampung. 3. Keadaannya makin tenat dari sehari ke sehari. 4. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mneyatakan perkara berikut:
1. Punca bagi manusia atau institusi , haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak).
2. Sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
3. Perbezaan atau perbandingan.
4. Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan.
Berdasarkan ayat yang diberikan, semuanya merujuk kepada punca bagi benda dan unsur mujarad (abstrak). Oleh itu, kata sendi nama yang betul ialah daripada.
Tatabahasa12.02.2012

Kembali ke atas