Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lebih kurang pukul 12 siang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : waktu ketika matahari sangat tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : waktu lebih kurang pukul dua belas siang (hingga sebelum pukul dua siang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tanam mari tengah hari,
     Mana didapati ada tak kena;
Saya menyusun sepuluh jari,
     Jangan diumpat mana tak kena.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Memasang pelita tengah hari.

Bermaksud :

Memberi keterangan tentang sesuatu perkara yang sudah jelas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata majmuk tengah hari dieja terpisah untuk "waktu tengah hari". Bagaimana penulisan tengah hari untuk "pukul 12.00 tengah hari" Adakah dieja terpisah (tengah hari) atau 1 perkataan (tengahari)Tengah hari dieja terpisah. Oleh itu, cara penulisan yang betul ialah '12.00 tengah hari' dan 'waktu tengah hari'. Ejaan20.10.2011
Apakah ejaan yang betul? 12.00 tengahari; atau 12.00 tengah hari. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah tengah hari. Tengah hari dieja terpisah.Tatabahasa15.10.2012
dalam Kamus Dewan dinyatakan masa tengah hari bemula jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00. Saya rasa janggal kalau jam 2.00 dinyatakan sebagai 2.00 tengah hari. Saya rasa jam 1.00 tengah hari adalah betul tetapi jam 2.00 ialah 2.00 petangUntuk makluman tuan, waktu tengah hari bermula pada pukul 12.00 hingga 1.59, mulai pukul 2.00 ghingga 6.59 kita nyatakan sebagai waktu petang.Lain-lain08.04.2013
A. saya ingin bertanya tentang kesesuain penggunaan nama singkatan bagi masa-masa berikut: ( contoh tengah malam=tghmlm/tmlm) 1. Pagi 2. Petang 3. Malam 4. Tengah Malam 5. Tengah Hari B. penggunaan huruf besar ( utk nama penuh & singkatan) misalanya: 1. Tengah Hari / Tengah hari 2. Tengah Hari = TgHari/THari1. Pg. 2. Ptg. 3. Mlm. 4. Tgh Mlm. 5. Tgh. Ejaan28.01.2015
mohon senggang waktu bagi setiap ucapan di bawah. selamat tengah hari selamat petang selamat malam *adakah tempoh tengah hari dari jam 12 hingga 12.59??

Encik Ahmad Sabri,

Ucapan selamat tengah hari diucapkan pada masa 12.00 hingga 1.59 tengah hari

Ucapan selamat petang bermula daripada pukul 2.00 petang hingg 6.59 petang

dan selamat malam bermula daripada pukul 7.00 hingga 1.59 malam

Lain-lain04.10.2010
salam sejahtera tuan, saya keliru dengan penggunaan tengah hari dan petang untuk jam 1. Mana satu yang tepat : 1 tengah hari atau 1 petang. terima kasihPukul 12.00 - 1.59 ialah waktu tengah hari, oleh itu jawaban yang betul ialah pukul 1.00 tengah hari.Tatabahasa25.07.2009
Salam sejahtera, saya menghadapi beberapa kekeliruan; 1. Berkenaan ucapan salam terutamanya pada waktu tengah hari, petang dan malam. Sila rujuk keterangan di bawah. a) 12.00- 12.59 minit tengah hari - "selamat tengah hari" b) 1.00- 6.59 petang - "selamat petang" c) 7.00 - 12.00 - "selamat malam"(Bahasa Inggeris disebut Good Evening" d) 12.01 - 11.59 pagi - "selamat pagi" Adakah keterangan di atas benar atau sebaliknya. Tolong jelaskan. 2. Tolong berikan jawapan untuk soalan ini, Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A. Amat terindah B. Sungguh amat indah C. Amat sungguh terindah D. Sungguh amat terindah Soalan tentang tajuk ini pernah saya kemukakan sebelum ini namun saya masih lagi keliru. Sekian, terima kasih.

Saudara,

Menurut maklumat yang dikemukakan  bagi (a) ucapannya ialah "selamat tengah hari", (b) ucapannya ialah "selamat petang", (c) ucapannya ialah "selamat malam" dan (d) ucapannya ialah "selamat pagi".

Kata amat, sangat dan sungguh merupakan kata penguat bebas yang letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Dalam hal ini salah satu kata sudah memadai digunakan dalam ayat. Contohnya, sungguh indah; amat indah. Awalan "ter-" ialah penanda darjah penghabisan dan digabungkan dengan kata penguat bebas . Contohnya, teramat indah; tersangat indah.  

Tatabahasa28.11.2010
Salam sejahtera, Persoalan. "Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.25 tengah hari" ATAU "Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.25 tengah hari" Terima kasihAyat yang gramatis ialah Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.25 tengah hari.Tatabahasa28.06.2012
Matahari banyak bersinar pada waktu tengah hari. Ayat di atas betul ke? "Matahari banyak bersinar pada waktu tengah hari." tidak gramatis. Ayat  yang betul ialah "Cahaya matahari bersinar terang pada waktu tengah hari." 
Tatabahasa09.06.2022
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong?1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong.Lain-lain14.01.2007
12345678910...

Kembali ke atas