Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'si'. Contoh ...Si Nurul... atau ...si Nurul...?...Si tenggang atau si Tenggang...? Sekian, terima kasih. | Ejaan bagi si kata sandang yang digunakan di depan kata nama perlu dieja si Nurul. | Tatabahasa | 21.01.2015 |
terjemahan untuk "grace Period" | Jika dalam konteks ekonomi dan pentadbiran perniagaan diterjemahkan sebagai "tempoh tenggang/tempoh tangguh", manakala dalam konteks sosiologi dan pentadbiran diterjemahkan sebagai "tempoh tangguh". | Makna | 09.12.2014 |
istilah dalam bahasa Melayu- grace period- by the way, anyway | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "grace period" ialah tempoh tenggang atau tempoh tangguh. Padanan bahasa Melayu bagi "by the way" ialah oh ya manakala padanan bagi "anyway" ialah bagaimanapun. Penggunaan semua perkataan ini bergantung pada konteks ayat. | Lain-lain | 09.06.2021 |
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih. | Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memutarbalikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak. | Tatabahasa | 02.12.2013 |
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Ayat berikut yang mana betul. i) Peter memberi itiknya makan dedak. ii) Peter memberikan itiknya makan dedak. 2. Penjahat itu berlari ____________ kerana dikejar oleh polis. A. tunggang-langgang B. lintang-pukang terima kasih | 1. Ayat yang betul ialah ayat (ii) 2. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-pukang bermaksud a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang. Lintang-pukang ditakrifkan sebagai berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memutarbalikkan. | Tatabahasa | 03.08.2010 |