Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.ga.ra] | تڠݢارا

Definisi : mata angin di antara timur dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah tenggara; (angin) ~ mandi angin kencang dr tenggara; musim ~ musim tengkujuh (dr bulan April hingga bulan Oktober); menenggara ke sebelah tenggara; selatan ~ mata angin di antara selatan dgn tenggara; timur ~ mata angin di antara timur dgn tenggara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.ga.ra] | تڠݢارا

Definisi : arah mata angin di antara timur dgn selatan. menenggara ke sebelah tenggara: selatan ~ arah atau mata angin antara selatan dgn tenggara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenggara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tenggaraangin tenggaraSainsHidrometeorologiAngin timur atau tenggara yang kencang, kering dan berjerebu semasa mosun timur di Kepulauan Indonesia.
levechelevecheMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin panas, kering dan berdebu yang bertiup dari arah barat daya dan tenggara di tenggara pantai Sepanyol di hadapan kemaraan lekukan. Kemaraan angin ini ditandai dengan jalur awan yang keperangan di ufuk selatan. Lihat juga siroko.
burstersburstersGeografiTiadaAnjakan tiba-tiba tiupan angin menghala ke tenggara kawasan selatan dan tenggara benua Australia.
South East Asia Treaty Organization (SEATO)Organisasi Perjanjian Asia TenggaraSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini diasaskan pada tahun 1954 di bawah perjanjian pertahanan kolektif Asia Tenggara. Pakatan ini dianggotai oleh Australia, Perancis, Britain, New Zealand, Amerika Syarikat, Pakistan, Filipina dan Thailand. Ibu pejabatnya terletak di Bangkok. SEATO ditubuhkan dengan pengaruh kuat negara Barat selepas Perancis berundur dari Indochina. SEATO berperanan untuk menghalang kebangkitan pengaruh komunis di Asia Tenggara. Perjanjian ini diperkuat dengan Piagam Pasifik yang menekankan hak rakyat Asia dan Pasifik bagi kesamaan dan hak penentuan diri. Piagam ini juga menekankan hak menentukan perencanaan matlamat ekonomi, sosial serta kerjasama budaya antara negara anggota. Pelibatan kuasa besar di Indochina pada tahun 1973 telah menggugat semangat setia kawan dalam pakatan ini. Akhirnya SEATO dibubarkan pada tahun 1977. Sinonim SEATO.
khamsinkhamsinSainsHidrometeorologiAngin gurun yang panas, biasanya berdebu dan kering, di Mesir dan Laut Merah. Selalunya ia bertiup dari selatan atau tenggara dan terjadi di hadapan tekanan rendah yang bergerak ke timur merentasi Afrika Utara atau tenggara Mediterranean. Khamsin yang tebal berlaku pada musim bunga dengan tekanan rendah bergerak ke arah timur-timur laut merentasi utara Sahara. Angin ini didahului oleh gelombang haba yang berkekalan selama tiga hari dan diikuti ribut debu. Laluan tekanan rendah dicirikan oleh suatu perenggan sejuk yang membawa udara Mediterranean dan menyebabkan jatuhan suhu yang mengejut.
khamsinkhamsinMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin gurun yang panas, biasanya berdebu da kering, di Mesir dan Laut Merah. Selalunya angin ini bertiup dari selatan atau tenggara dan terjadi di hadapan tekanan rendah yang bergerak ke timur merentasi Afrika Utara atau tenggara mediterranean. Khamsin yang tebal berlaku pada musim bunga dengan tekanan rendah bergerak ke arah timur-timur laut merentasi utara Sahara. Angin ini didahului oleh gelombang haba yang berkekalan selama tiga hari dan diikuti ribut debu. Laluan tekanan rendah bercirikan suatu perenggan sejuk yang membawa udara Mediterranean dan menyebabkan jatuhan suhu yang mendadak.
south easttenggaraGeografiTiadaTiada
Insular Southeast AsiaTenggara Asia KepulauanGeografiTiadaTiada
southeast tradeangin tenggaraGeografiTiadaTiada
South East AsiaAsia TenggaraGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas