Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.gi.ling] | تڠݢيليڠ

Definisi : sj binatang yg bersisik dan yg panjang muncungnya utk memakan semut dan anai-anai, Manis javanica; atap batu sisik ~ atap genting yg susunnya spt sisik tenggiling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.gi.ling] | تڠݢيليڠ

Definisi : nama sj binatang yg suka makan semut (badannya bersisik), Manis javanica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenggiling

Puisi
 

Panas sungguh hari ini,
     Pandang ke langit sisik tenggiling;
Marah sungguh tuan ini,
     Saya datang hadap ke dinding.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sisik tenggiling(Baj., Sam.)sisik tenggiling(Baj., Sam.)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk sisik tenggiling.
pangolintenggilingBiologiUmumTiada
anteater (Manis javanica)tenggiling (Manis javanica)PertanianTiadaTiada
black clover (Desmodium triflorum)sisik tenggiling (Desmodium triflorum)PertanianTiadaTiada
single lap tilesgenting sisik tenggilingKesenianTiadaTiada
gambusgambusMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Gambus yang berasal dari Timur Tengah dikenali sebagai ud. Alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian belakang badan berbentuk bulat. Bahagian hadapan permukaan alat muzik ini rata dengan lehernya yang pendek tanpa fret. Gambus mempunyai lima hingga lapan tali yang disusun dalam dua lapisan serta satu tali bernada tinggi. Pemain akan meletakkan gambus secara melintang dan talinya dipetik dengan jari. Gambus dimainkan dalam ensembel zapin, ghazal dan ronggeng asli. Di Sabah dan di Sarawak, gam­bus dimainkan oleh suku kaum Bajau, suku kaum Kadazan dan kaum Iban. Gambus dari kedua-dua negeri ini diperbuat daripada kayu yang mempunyai kulit pada bahagian hadap­an. Paku tekan digunakan untuk memasang kulit pada badan gambus dan mempunyai tiga tali yang disusun dalam dua la­pisan. Di Sabah, gambus dipetik dengan plektrum yang diper­buat daripada sisik tenggiling, sementara di Sarawak gambus dipetik dengan jari. Suku kaum ini bermain gambus untuk menghiburkan hati selepas bekerja. Lagu yang dimainkan ditiru daripada lagu joget dan zapin.


Kembali ke atas