Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.ko.lo/] | تڠکولوق

Definisi : 1. sj kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak; ~ alang destar yg lilitnya rendah; 2. sj kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita;bertengkolok memakai tengkolok: kepala yg gondol tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.ko.lo/] | تڠکولوق

Definisi : 1 kain ikat (tutup) kepala; tanjak; destar. 2 kain tutup kepala atau selubung yg biasanya dibuat drpd kain sarung atau kain lepas (pakaian wanita). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tengkolok
Bersinonim dengan tanjak, destar, bulang hulu, setangan kepala.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "tengkolok" dan "tanjak"?Salam sejahtera,

TENGKOLOK 1. kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak 2. kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita

TANJAK kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar.


Untuk keterangan lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna12.08.2017
Salam sejahtera ! Tengkolok yang dipakai oleh DYM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan/penabalan berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soalan: "pertabalan @ penabalan" yang tepat Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, pertabalan bermaksud perihal menaiki takhta kerajaan, manakala penabalan bermaksud perihal merasmikan (mengumumkan) menjadi raja. Berdasarkan konteks ayat tersebut, pertabalan lebih sesuai digunakan.Tatabahasa15.05.2017
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ingin bertanya mengenai penjodoh bilangan untuk tanjak atau tengkolok. Soalan ini ditanyakan dalam Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 4 pada tahun 2023.Penjodoh bilangan ditentukan berdasarkan bentuk. Entiti yang hampir sama bentuknya dengan tengkolok/tanjak ialah songkok. Jika sebuah songkok digunakan, maka penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah tengkolok dan sebuah tanjak.Tatabahasa02.01.2024
Itu sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka. Apakah pola ayat untuk ayat ini?Ayat tersebut perlu dibaiki seperti yang berikut untuk memudahkan mengenal pasti pola ayat.

Tengkolok (merujuk 'Itu') ialah sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka.
Polanya:  FN+FN

Tengkolok (KN)
Sejenis pakaian (KN)
Pada zaman kerajaan Melaka (keterangan masa)
Tatabahasa05.01.2021
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ya, mohon pihak tuan membantu saya membetulkannya. 1)Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2)Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4)Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5) Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Adakah perkataan menyungai dalam ayat di bawah sesuai digunakan? 1) Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. Apakah jawapan yang paling tepat bagi tempat kosong di bawah kerana jawapan yang diberikan hampir sama. 1) Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. A) hiruk-pikuk B) riuh-rendahr C) hingar-bingar D) gegak-gempita1. Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi.
2. Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya.
3. Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu.
4. Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama.
5. Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu.
 Ayat-ayat di atas betul.
6. Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat.
7. Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. Hingar bingar sama maksudnya dengan hiruk-pikuk, riuh-rendah dan gegak-gempita.
Tatabahasa14.04.2015

Kembali ke atas