Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.ku.juh] | تڠکوجوه

Definisi : musim hujan (lebat): segala per­siapan telah pun dibuat utk menghadapi bahaya musim ~ nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.ku.juh] | تڠکوجوه

Definisi : musim hujan lebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tengkujuh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KAMI AKAN ADAKAN FORUM IKLIM KEBANGSAAN DENGAN TEMA "SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA". SAYA INGIN MEMOHON PANDANGAN DARI PIHAK DBP PENGGUNAAN TEMA TERSEBUT. SEKIAN, TERIMA KASIHPenggunaan perkataan SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA tidak tepat. Penggunaan yang paling tepat ialah SIAGA MENGHADAPI TENGKUJUH, PEDULI AKAN CUACA.Lain-lain14.09.2018
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya adakah musim tengkujuh dan bas ekpsres ialah kata majmuk? Terima kasih.

Musim tengkujuh dan bas ekspres merupakan kata majmuk.

Tatabahasa05.03.2023
( Seluruh , Segala ) penduduk kampung diminta bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh. Apakah jawapan yang betul ? Boleh berikan sebabnya. Terima kasih.

Seluruh penduduk kampung diminta bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh.

Kata 'segala' agak kurang sesuai digabungkan dengan kata 'penduduk'  walaupun membawa maksud yang sama.

Lain-lain02.10.2009
Sila nyatakan kesalahan yang terdapat dalam ayat ini: Perahu-perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh.Perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh.Tatabahasa11.05.2010
Tuan, minta bina ayat dengan kata sendi nama "kepada" dan sasaran mujarad. Contohnya, kepada bahaya dadah. Dalam frasa "kepada bahaya dadah", frasa nama "bahaya dadah" merupakan sasaran mujarad yang mengikut kata sendi nama "kepada". Saya meminta tuan membina lebih banyak ayat lagi dengan penggunaan kata sendi nama "kepada" untuk sasaran mujarad, dengan syarat tidak berdasarkan ayat contoh Tatabahasa Dewan.

Ayat contoh yang menggunakan kata sendi nama kepada untuk merujuk unsur mujarad ialah  Semasa musim tengkujuh, penduduk di Kelantan sentiasa diingatkan kepada bencana banjir.  

 

Tatabahasa29.01.2015

Kembali ke atas