Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.ku.juh] | تڠکوجوه

Definisi : musim hujan (lebat): segala per­siapan telah pun dibuat utk menghadapi bahaya musim ~ nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.ku.juh] | تڠکوجوه

Definisi : musim hujan lebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tengkujuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rain spelltengkujuhSainsHidrometeorologiTempoh sekurang-kurangnya 15 hari berturutan yang setiap harinya mendapat curahan hujan sebanyak 0.5 mm atau lebih.
equatorial monsoon climateiklim monsun khatulistiwaGeografiTiadaSejenis iklim khatulistiwa yang menunjukkan sifat-sifat kemarau dan tengkujuh iklim monsun.
seasonal croptanaman bermusimPertanianAgronomi

 1.  Tanaman jangka pendek yang ditanam mengikut cuaca. Contohnya, padi ditanam pada musim tengkujuh, manakala tembakau ditanam pada musim kemarau. 

2.  Tanaman yang berbuah pada musim tertentu dan tidak sepanjang tahun. Contohnya, durian dan rambutan.
winter monsoonmonsun musim sejukMeteorologiMeteorologi PerhubunganMonsun yang berasal dari benua dan bertiup pada musim sejuk. Di Malaysia, monsun ini berlaku antara Oktober hingga Mac dan lebih dikenali sebagai monsun timur laut, atau musim tengkujuh di kalangan orang tempatan. Lihat monsun.
off season croppingpenanaman luar musimPertanianAgroteknologiPenanaman tanaman semusim seperti padi dan jagung yang mempunyai tempoh masa antara 3 hingga 4 bulan daripada penanaman sehingga tuaian pada waktu-waktu di luar musim. Sebelum wujudnya kemudahan pengairan, tanaman semusim ini diusahakan sekali setahun, iaitu pada musim tengkujuh supaya tanaman mudah tumbuh dengan bekalan air hujan yang mencukupi. Pada musim kemarau tanaman ini tidak diusahakan. Tetapi dengan adanya kemudahan pengairan, bekalan air dapat disimpan dan digunakan semasa musim kemarau. Oleh itu, padi dapat ditanam pada musim kemarau dan padi yang diusahakan pada musim ini dipanggil penanaman luar musim.
Climatic factorFaktor iklimPertanianAgronomi

Ciri iklim seperti suhu, keamatan cahaya dan tempoh siang, jumlah hujan dan taburannya serta kelembapan atmosfera yang memberi kesan terhadap pelbagai jenis tumbuhan dan hasil tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan. Selain faktor iklim semasa, musim iklim juga memainkan peranan seperti kewujudan musim kemarau serta tengkujuh atau tempoh musim sejuk dan panas.

emotional appealpemikat perasaanKomunikasiKorporatUsaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan perasaan. Pendekatan perasaan dalam iklan diwujudkan dalam bentuk penulisan, pertuturan, lakonan, pemilihan warna, ruang, muzik, dan masa. Dalam bentuk penulisan, pemilihan kata-kata dan gaya penulisan perlu dilakukan secara kreatif. Dalam pertuturan dan lakonan, intonasi dan aspek komunikasi bukan lisan boleh mewujudkan kesan perasaan. Sementara itu, warna, ruang, muzik, dan masa yang dipilih untuk mengiringi sesuatu iklan boleh menguasai perasaan khalayak sekiranya bersesuaian dengan keperluan sesuatu iklan. Penggunaan pendekatan pemikat perasaan dalam iklan ialah amalan biasa kerana perasaan merupakan salah satu unsur utama dalam menentukan keputusan. Unsur perasaan boleh wujud dalam bentuk positif dan negatif. Contoh unsur perasaan positif ialah kasih sayang, rindu, simpati, empati, kasihan, seronok, bangga, dan gembira. Selain itu, suasana senja, hujan, matahari naik atau turun, serta warna dan muzik yang lembut boleh juga meruntun perasaan khalayak. Contoh unsur perasaan yang negatif pula ialah sedih, marah, benci, dendam, takut, bimbang, dan kecewa. Selain itu, suasana perang, kilat, ombak besar, musim tengkujuh, dan kebakaran juga boleh meruntun perasaan khalayak secara negatif.

Kembali ke atas