Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.tang] | تنتڠ

Definisi : 1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg ter­gantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksa­mana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan berten­tangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), ter­lihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, per­lawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.tang] | تنتڠ

Definisi : 1 betul-betul berhadapan dgn: Dia tinggal ~ masjid. 2 lebih kurang pd; kira-kira pd: Ia terkena peluru pistol ~ dadanya. 3 bkn dgn; mengenai: Beliau akan bercakap ~ kemajuan ekonomi negeri ini. bertentang 1 berhadap. 2 menghadap ke: ~ mata berpandang-pandangan; berhadap muka. ber­ten­tangan 1 saling berhadap; ber­hadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. 2 tidak sama (arah, pendapat dll); ber­­lawanan: arah yg ~. Pendapatnya ~ dgn pendapat saya. 3 ki tidak berbaik antara satu dgn yg lain; bermusuhan; berlawanan: Kami jarang-jarang bergaduh atau ~. menentang 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. menentangkan meletakkan yg satu di hadapan yg lain; menghadapkan. mempertentangkan menjadikan ber­­lawanan; memperlaga­kan; mem­pertempurkan. tentangan 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. pertentangan 1 perbuatan atau hal bertentang. 2 hal bertentangan atau berlawanan; per­lawanan. penentangan perbuatan atau hal menentang. penentang orang dll yg menentang. setentang betul-betul di hadapan atau di atas sesuatu: Sekolah itu ~ dgn rumah saya. bersetentang berada betul-betul ber­hadapan: Mata angin manakah yg ~ dgn utara? bersetentangan bersetentang dgn; berhadapan dgn: Dia duduk ~ adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buaya putih buaya keramat,
     Mari tentang lubuk batu;
Abang putih melawa sangat,
     Saya tidak memberi malu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tentang lubuk lepas tuba,
     tentang ikan akan mati.

Bermaksud :

Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
of5. about, tentang: he spoke to us ~ his experiences in Lebanon, dia bercerita tentang pengalamannya di Lubnan; they talked ~ old times, mereka berbual-bual tentang kisah lama; we have just had news ~ his father’s death, kami baru sahaja menerima berita tentang kematian bapanya; 6. in (used with names of places) di: the diamond mines ~ South Africa, lombong berlian di Afrika Selatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
on14. about, concerning, tentang, berkenaan (dgn); (preceded by adj), [not translated]; (used with words such as “congratulations”, “condolence”) kerana, atas; [before verb] kerana: a new book ~ Iqbal, buku baru tentang Iqbal; a lecture ~ the history of art, kuliah tentang sejarah seni lukis; to make enquiries ~ the feasibility of setting up a plant in the area, bertanya tentang kebolehlaksanaan mendirikan loji di kawasan itu; you must seek expert advice ~ this, saudari mestilah mendapatkan nasihat pakar tentang perkara ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
about 3. concerning, tentang, berkenaan dgn; (when foll by a verbal n), [usu not translated]: I know nothing ~ the matter, saya tak tahu apa-apa tentang perkara itu; what was his talk ~?, tentang apakah ceramahnya itu?; we felt uneasy ~ leaving our daughter alone at night, kami berasa khuatir meninggalkan anak perempuan kami berseorangan pd malam hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
regardingprep berhubung, tentang, berkenaan: ~ the matter mentioned in your letter, tentang perkara yg tersebut dlm surat anda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
over17. (in connection with), /berkaitan, berkenaan/ dgn; (concerning) tentang: problems ~ his transfer, masalah berkaitan dgn penukarannya; they disagree ~ the terms of the settlement, mereka tdk bersetuju tentang syarat-syarat penyelesaian itu; she worries ~ trivialities, dia selalu risau tentang perkara-perkara remeh; 18. because of, kerana, akibat, disebabkan: there’s no point in losing your sleep ~ it, tdk guna kamu tdk dapat kerana perkara itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
respectingprep (fml) tentang, /berkenaan, berhubung/ dgn: I know little ~ his family background, saya tahu sedikit sahaja tentang latar belakang keluarganya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concerningprep berkenaan, tentang; (in official correspondence) berkenaan dgn: ~ your application, we regret to inform you that ..., berkenaan dgn pemohonan tuan, dukacita kami memaklumkan bahawa...; I remember speaking to him ~ the matter, saya ingat saya pernah bercakap dengannya tentang hal itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
onshe did not comment ~ my choice of colour, dia tdk membuat sebarang komen tentang warna yg saya pilih; she’s mad ~ tennis, dia gila bermain tenis; he’s very keen ~ her, dia sangat meminati gadis itu; they agreed ~ those two points only, mereka bersetuju tentang dua perkara itu sahaja; he was congratulated ~ his perfomance, dia diberi ucapan tahniah kerana prestasinya; congratulations ~ winning the contest, tahniah kerana memenangi peraduan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
into10. (indic st penetrated by insight, thought processes), (foll v), [not translated]; (foll n) tentang: please look ~ the matter, tolong siasat hal itu; he spent years researching ~ the effects of the drug on the human brain, bertahun-tahun dia menyelidiki kesan dadah tersebut thdp otak manusia; several angry parents called for an official inquiry ~ the incident, beberapa orang ibu bapa yg marah menuntut supaya siasatan rasmi tentang peristiwa itu diadakan; her works afforded insights ~ the complexity of a woman’s emotions, karya-karyanya memberikan wawasan tentang betapa kompleksnya emosi seorang wanita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
as(preceding pron), [various translations]: ~ for selling my house, that’s out of the question, tentang menjual rumah saya, itu tak mungkin; ~ for me, I consider that a small matter, bagi saya, itu perkara kecil; ~ for you, I despise you!, kamu pula, saya benci akan kamu!; ~ /from, of/, bermula dr, mulai: ~ from 31 December..., bermula dr 31 Disember...; ~ /if, though/, seolah-olah, seakan-akan, seperti: his head felt ~ if it were being split in two, kepalanya terasa seakan-akan dibelah dua; ~ if..., /macamlah, takkan(lah), masakan/...: ~ if you didn’t know!, takkan kamu tak tahu!; ~ it is, a. already, sekarang ini pun: you can’t put any more books in, the box is too heavy ~ it is, tdk boleh lagi diisi buku, sekarang ini pun peti itu sudah terlalu berat; b. in its present state, dlm keadaan /begini, begitu/:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas