Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.ta.ngan] | تنتڠن

Definisi : 1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberikan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.ta.ngan] | تنتڠن

Definisi : 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resistanceketahanan; tentangan; rintanganKejuruteraanTiada3. Bahagian sebenar galangan dalam medan elektrik dan akustik, yang dicirikan oleh kelesapan tenaga.,4.Tentangan terhadap gerakan yang menyebabkan kelesapan tenaga.,5. Geseran yang perlu diatasi oleh air yang mengalir desebabkan kekesatan saluran atau paip.
impedanceimpendansFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Jumlah tentangan yang diberikan oleh sesuatu litar kepada arus ulang-alik. Jumlah tentangan ini sama ada dengan nisbah kompleks voltan terhadap arus dalam tatanda kompleks. 2. Nisbah voltan maksimum terhadap arus maksimim di dalam litar arus ulang-alik yang sama dengan magnitud kuantiti dalam takrifan (1)
resistance to changetentangan perubahanPengurusanPerancanganTindak balas menentang oleh individu atau kumpulan apabila mereka menanggap sesuatu perubahan sebagai ancaman terhadap status quo atau keselesaan mereka. Tindakan ini boleh berlaku dari segi fizikal mahupun fikiran, secara aktif atau pasif. Punca penentangan perlu dikenal pasti dan ditangani kerana penentangan boleh menjejaskan perancangan organisasi. Contoh tentangan perubahan ialah keengganan seseorang pekerja untuk menurut arahan berpindah jabatan daripada majikannya berikutan penstrukturan semula organisasi.
organized resistance movementgerakan tentangan terancangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaGolongan penduduk awam yang mewujudkan organisasi penentangannya yang tersendiri dan beroperasi sama ada di dalam atau di luar wilayah mereka. Gerakan ini biasanya muncul di suatu kawasan yang sedang bersengketa. Golongan ini mempunyai ketua yang bertanggungjawab terhadap orang-orang bawahannya, mempunyai tanda pembeza yang khusus, membawa senjata secara terang-terangan serta memahami peraturan dan kebiasaan perang. Contoh gerakan tentangan terancang ialah gerila dan golongan pemberontak.
resistanceketahanan; tentangan; rintanganFizikTiadaTiada
resistanceketahanan; tentangan; rintanganGeologiTiadaTiada
resistanceketahanan; tentangan; rintanganKimiaTiadaTiada
resistanceketahanan; tentangan; rintanganPerhutananTiadaTiada
resistanceketahanan; tentangan; rintanganPerubatanTiadaTiada
resistanceketahanan; tentangan; rintanganPentadbiran PerniagaanTiada1. Ketahanan: Darjah keimunan yang dimiliki oleh tubuh.,2. Ketahanan: Darjah yang padanya suatu penyakit atau organisma penyebab penyakit tidak terpengaruh oleh antibiotik atau ubat-ubat lain.
12345

Kembali ke atas