Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : angkatan perang yg bertugas di laut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tentera (kata nama)
Bersinonim dengan askar, soldadu, perajurit, serdadu, lasykar, panglima, kesateria, pahlawan, hulubalang, militer;,
Kata Terbitan : ketenteraan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENTERA LAUT

Tentera laut ialah cabang angkatan bersenjata

negara yang terdiri daripada kapal perang dan

kapal bantuan, anak kapal dan pangkalan darat

serta pegawai masing-masing. Kebanyakan

angkatan tentera laut dunia juga memiliki tentera

udara. Sesetengah tentera laut merangkumi

angkatan tempur yang dikenali sebagai marin,

yang dilatih untuk bertempur di udara dan di darat.

UMUM 
ADMIRALTI

Admiralti (Jabatan Tentera Laut ) ialah nama

tradisional untuk jabatan kerajaan yang

mengendalikan hal ehwal tentera laut.

UMUM 
PERKHIDMATAN BERSENJATA

Perkhidmatan bersenjata lihat Tentera darat,

Tentera laut, Tentera udara, juga di bawah negara,

seperti Australia , Angkatan bersenjata.

UMUM 
PANGKALAN TENTERA LAUT PEARL HARBOR

Pangkalan Tentera Laut Pearl Harbor

Hawaii, Amerika Syarikat, ialah pusat kuasa tentera

laut Amerika Syarikat di Lautan Pasifik. Ia meliputi

kawasan seluas 8900 hektar di Pulau Oahu dan

terletak di barat tengah Honolulu.

UMUM 
NELSON, HORATIO

Nelson, Horatio (1758–1805) ialah laksamana

dan wira tentera laut Great Britain yang teragung.

Nelson mengalahkan gabungan tentera Perancis

dan Sepanyol di Trafalgar. Ini merupakan

kemenangan tentera laut yang terhebat dalam

sejarah British. Kemenangannya melemahkan kuasa

tentera laut Perancis, dan memartabatkan

keagungan pemerintahan British di laut sepanjang

tahun 1800-an.

UMUM 
NAVY JACK

Navy Jack ialah bendera Tentera Laut Amerika

Syarikat. Ia mempunyai 50 bintang berwarna putih

dan berlatarbelakangkan warna biru. Ia kelihatan

seperti bahagian bucu berwarna biru dan putih

pada bendera Amerika Syarikat.

UMUM 
PERISTIWA TRENT

Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut

pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia

hampir mengheret England dalam konflik di

Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang

pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M.

Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan

misi mendapatkan bantuan Perancis dan England

yang berkecuali agar membantu pihak Selatan.

Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung

pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa

menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba .

Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto

menahan kapal British itu tanpa arahan untuk

berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan

Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts.

Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di

lautan kerana England adalah negara berkecuali.

UMUM 
MARY ROSE

Mary Rose ialah kapal tentera laut Raja Henry

VIII England yang karam berdekatan Portsmouth

pada tahun 1545.

UMUM 
KAPAL PERANG

Kapal perang ialah kapal tempur tentera laut.

Sesetengah kapal perang mampu menyerang

pesawat udara, kapal permukaan, dan kapal selam

musuh.

UMUM 
SIMONSTOWN

Simonstown (pend. 5130) ialah bandar dan

pangkalan tentera laut yang terletak di Teluk

Simon, iaitu sebahagian daripada Teluk False

berhampiran Cape Town, Afrika Selatan. Bandar ini

terletak di bahagian timur pantai Semenanjung

Cape, kira-kira 40 kilometer ke selatan Cape Town.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas