Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : angkatan perang yg dilengkapi dgn kapal terbang dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tentera (kata nama)
Bersinonim dengan askar, soldadu, perajurit, serdadu, lasykar, panglima, kesateria, pahlawan, hulubalang, militer;,
Kata Terbitan : ketenteraan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENTERA UDARA

Tentera udara ialah cawangan angkatan tentera

sesebuah negara yang bertanggungjawab bagi

operasi ketenteraan di udara. Suatu pasukan

tentera udara terdiri daripada juruterbang dan

pelbagai kakitangan lain, kapal terbang, peralatan

sokongan, dan pangkalan udara. Sesetengah

tentera udara mempunyai peluru berpandu dan

kapal angkasa lepas.

UMUM 
PERKHIDMATAN BERSENJATA

Perkhidmatan bersenjata lihat Tentera darat,

Tentera laut, Tentera udara, juga di bawah negara,

seperti Australia , Angkatan bersenjata.

UMUM 
ATASE

Atase ialah pegawai yang ditempatkan di pejabat

diplomatik. Atase berasal daripada perkataan

Perancis attaché yang bermakna attached . Seseorang

atase biasanya adalah seorang pegawai tentera darat,

tentera laut, atau tentera udara, dan dikenali sebagai

atase tentera darat, tentera laut atau tentera udara.

UMUM 
PERTEMPURAN LAUT KARANG

Pertempuran Laut Karang lihat Perang Dunia

II (Pertempuran Laut Karang) ; Tentera udara (Jadual:

Perang udara yang masyhur).

UMUM 
ANGKATAN TENTERA MARIN

Angkatan tentera marin ialah tentera yang

berkhidmat di laut dan dalam misi khas di darat

dan di udara. Angkatan tentera marin juga

berkhidmat dalam operasi amfibia – operasi yang

melibatkan tentera laut, tentera udara dan tentera

darat.

UMUM 
TUDM

TUDM, pasukan bersenjata yang bertanggungjawab mengawal pertahanan ruang udara negara. TUDM ialah singkatan Tentera Udara Diraja Malaysia. TUDM pada awalnya dikenal sebagai Tentera Udara Persekutuan yang ditubuhkan pada 2 Jun 1958 melalui The Air Force Ordinance No 2 of 58 dan ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Diraja British, Kuala Lumpur (RAF). Pesawat Twin Pioneer merupakan kapal terbang pertama diperolehi daripada pihak British pada 17 April 1958.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SAINS KETENTERAAN

Sains ketenteraan ialah kajian saintifik

mengenai prinsip mengawal tatacara peperangan

dan penerangan prinsip-prinsip tersebut semasa

peperangan.

Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia

termasuk:

Logistik Tentera darat Tentera udara

Perang Tentera laut

UMUM 
PERTEMPURAN BRITAIN

Pertempuran Britain merupakan pertempuran

udara yang muktamad semasa Perang Dunia II

(1939–1945). Pegawai-pegawai Luftwaffe (tentera

udara Jerman) percaya bahawa ketahanan British

dapat dikurangkan dengan penggunaan kuasa

udara semata-mata. Mereka percaya bahawa

serangan dapat dilakukan sebaik sahaja Jerman

memusnahkan Tentera Udara Diraja (Royal Air Force

[RAF]).

UMUM 
DARWIN

Darwin (pend. 78 139) merupakan pusat

pentadbiran dan ibu negeri bagi Wilayah Utara

Australia. Bandar Darwin ialah pusat perhentian

penghabisan perjalanan melalui darat, laut, udara

dan juga perhubungan telekomunikasi. Bandar

ini juga mempunyai pangkalan tentera yang

besar dengan lapangan terbang tentera udara

dan pangkalan angkatan laut. Darwin mungkin

juga merupakan sebuah bandar kosmopolitan di

Australia. Kebanyakan penduduk Darwin ialah

keturunan Eropah, tetapi sebahagian besar warga

kota Darwin terdiri daripada keturunan Orang Asli,

Cina, Melayu atau Filipina.

UMUM 
ARNOLD, HENRY HARLEY

Arnold, Henry Harley (1886–1950),

mengembangkan Kor Udara Tentera Amerika

Syarikat yang kecil menjadi Angkatan Udara yang

besar lagi perkasa. Arnold menjadi pemerintah

Angkatan Udara Amerika Syarikat dalam Perang

Dunia II (1939–1945). Dia adalah satu-satunya

orang yang menjadi Jeneral Tentera Darat dan

Jeneral Angkatan Udara.

UMUM 
12

Kembali ke atas