Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tentu;

Puisi
 

Dua negeri sedang berperang,
     Belum tentu saya berjaya;
Berapalah tajam pisau dan parang,
     Tajamlah lagi mulut manusia.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Tidak tentu kalang tumpuan,
     tidak tentu kalang batang.

Bermaksud :

Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.

 

Lihat selanjutnya...(95)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
geramak Ibsejenis ketam kecil.Di tangannya ada karung plastik hitam. Kasau tahu, itu tentu geramak. Tentu Umai begitu gembira menangkap geramak di sawah. Geramak suka menyorok di bawah daun-daun kelapa kering, di celah-celah tunggul. Atau di celah-celah rumput kering.Buaya Putih Buaya KudungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bakayawa Irbambu.Andainya yang lahir dulu ialah anak lelaki, sudah tentu secara senyap-senyap Datu Ampuh akan naik ke atas loteng dan terus memukul tiang bumbung rumah dengan bakayawa (sembilu yang besar), sebanyak tiga kali sambil bertempik sebanyak tiga kali juga.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
musarakan TbMenyerahkan diri dengan cara membawa duit yg banyak semasa meminang.Dia tahu tentu Aki Absar musarakan kepadanya kerana di rumah mereka cuma dia seorang sahaja anak gadis.MusarakanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rabat Ibsuasana kesedihan kerana kematian.Watt jangan terlalu minum arak dan langkau. Ini rabat hari kematian bukan bergawai. Watt tentu tahu. Kadang-kadang orang yang datang itu bukan untuk menghormati orang mati, tetapi bersukaria.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jupit, *lupit* Ib, MSrhitungan hari selepas tulat.Rentap sedar benar keriuhan itu pasti berlarutan hingga ke pagi esok, petang dan malam esoknya. Mungkin berlarutan ke lusa dan jupit. Tentu ramai yang mericau tidak ketentuan.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sikutan TbBakul berbentuk bulat, bermulut bujur, berbingkai kejap dengan ikatan rotan beraut halus, anyaman simpai sembilan, keempat-empat bucu bawahnya pula terhias dengan suji rotan beraut bulat yang terikat pada bilah-bilah penahan dengan ikatan tulang belut.“Kalau saya beli sikutan itu tentu Intang mahu jual, bukan?”SikutanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
naik jabar MSrperasaan terlalu marah, naik radang.Tapi Pak Pait mati-mati menuduh ada urusan jual beli dalam hal itu, dan hasil haram itu digunakan oleh Pak Malun untuk berlagak di depan Kak Siti. Manalah tidaknya Pak Malun tak naik jabar. Nasib baik ada Pak Keri Ladun ketika itu; kalau tidak, tentu ada yang berkafan hari itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas