Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.nun] | تنون

Definisi : barang ~ barang-barang yg dibuat drpd benang dll (kain, kapas, sutera, dll); abah-abah (alat, perkakas) ~ alat perkakas utk membuat kain (cita dll); industri (perusa­haan) ~ perusahaan membuat barang tenun; kain ~ kain yg dibuat drpd benang; pabrik ~ Id kilang barang tenun; tukang ~ orang yg membuat kain (dgn menggunakan alat tenun);bertenun membuat barang tenun (kain dll): ada juga sedikit-sedikit orang ~ kain sutera; ~ sampai ke bunjainya prb mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna; menenun membuat barang tenun (drpd benang, sutera, dll): di kawasan ini ada pel­bagai perusahaan spt ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri; menenuni menggubah: aku dan kau ~ puisi demi puisi mencari intisari suatu nilai suatu erti;tenunan 1. cara menenun: kain ini ~nya halus; 2. hasil drpd menenun, barang-barang yg ditenun: kain ~ Jawa; penenunan 1. perihal (perbuatan, kerja, dsb) menenun: ~ linen dan penjahitan baju; 2. = pertenunan tempat (kilang dll) menenun; penenun orang yg menenun: kapas juga ada ditanam utk kegunaan ~ kain di negeri itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.nun] | تنون

Definisi : ; bertenun bekerja membuat kain drpd benang, kapas, sutera dll: Ada juga sedikit-sedikit orang yg ~ kain sutera. menenun membuat kain drpd benang, kapas, sutera dll: ~ kain. tenunan 1 kain dsb yg ditenun: kain ~ Jawa. 2 hasil menenun; cara menenun: kain yg halus ~nya. penenunan per­buatan atau hal menenun. penenun orang yg kerjanya menenun kain dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenun
Kata Terbitan : bertenun, menenun, tenunan,

Puisi
 

Jika Leman kekasih orang,
     Dipalit dengan tenun aksinya;
Ingat-ingat abang seorang,
     Balik belakang ada gantinya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cupak sudah tertegak,
     suri sudah terkembang (=terentang).

Bermaksud :

Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benang tenunbenang tenunKesenianTiadaBahan tenun daripada kapas, sutera, poliester, emas, perak dan lain-lain yang ditenun menjadi kain.
lungsinlungsinKesenianTiadaBenang tenun yang dipasang memanjang dari kepala kek ke hujung kek melalui jentera dan karat untuk menghasilkan kain tenun. Dalam tenun Iranun, lungsin dipasang pada suailayak yang kemudiannya digantung pada paguta.
benang lungsinbenang lungsinKesenianTiadaBenang tenun yang dipasang memanjang dari kepala kek ke hujung kek melalui jentera dan karat untuk menghasilkan kain tenun. Dalam tenun Iranun, lungsin dipasang pada saulayak yang kemudiannya digantung pada paguta.
double-width weavingtenun dua bidang/tenun dua lebarKesenianTiadaTiada
warp rib weavingtenun lungsinPentadbiran PerniagaanTiadaTenun dengan benang yang dipasang memanjang dari kepala kek ke hujung kek melalui jentera dan karat untuk menghasilkan kain tenun
marengofabrik marengoKesenianTiadahitam bertompok-tompok putih daripada benang sayat tenun biasa atau tenun kelarai. Digunakan untuk membuat kot luar.
georgettegeorgetKesenianTiadaFabrik sutera halus dan nipis yang dibuat daripada yarn tenun biasa atau tenun krep. Yarn dipintal dari satu atau dua urat benang berbentuk Z atau S yang berselang-seli. Digunakan untuk pakaian.
georgettegeorgetPentadbiran PerniagaanTiadaFabrik sutera halus dan nipis yang dibuat daripada yarn tenun biasa atau tenun krep. Yarn dipintal dari satu atau dua urat benang berbentuk Z atau S yang berselang-seli. Digunakan untuk pakaian.
crepe georgettegeorget krepKesenianTiadaFabrik sutera halus dan nipis yang dibuat daripada yarn tenun biasa atau tenun krep. Yarn dipintal dari satu atau dua urat benang berbentuk Z atau S yang berselang-seli. Digunakan untuk pakaian.
muleedah-pushminamuledah-pusyminaKesenianTiadaFabrik benang sayat bernap yang ditenun dengan menggunakan alat tenun sebai, dalam corak tenun kelarai atau biasa. Buatan India.
12345678910...

Kembali ke atas