Apakah terjemahan yang betul bagi istilah 'theocratic law' dalam bahasa melayu? | Tiada data berkaitan padanan ‘theocratic law’. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, perkataan ‘theocratic’ diterjemahkan sebagai teokratik, maka kami mencadangkan undang-undang teokratik sebagai padanan 'theocratic law'. | Istilah | 21.07.2014 |
Ingin tahu makna i) Teokratik ? ii) Ortodox ? Terima Kasih Ezree | 1. sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara. 2. berpegang teguh pada peraturan, pendapat, prinsip, yang diterima umum seperti dalam agama, kelakuan atau sikap. | Tatabahasa | 28.08.2007 |