Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téo.ri] | تيوري

Definisi : (téori) 1. pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu per-kara dll: banyak ~ dikemukakan menge­nai kehidupan pd masa prasejarah; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: ~ ekonomi; 3. asas, dasar (bukan amalan atau apa yg biasanya berlaku): pd ~nya raja yg memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya baginda menurut nasihat jemaah penasihatnya; ~ atom (Fiz) teori yg menganggap bahawa semua jirim terbina drpd atom; ~ domino teori sains politik yg beranggapan bahawa kejatuhan salah satu negara di Asia Tenggara ke tangan komunis akan menyebabkan ke­mung­kinan semua negara Asia Tenggara akan diambil alih oleh pihak komunis; ~ ion (Kim) teori yg menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis; berteori membentuk atau mengemukakan teori: sekarang ini terlalu ramai yg suka ~ dan bercakap; berteorikan berdasarkan sesuatu sbg teori; menteori membentuk suatu teori: Fish gagal ~ konvensi pembacaannya; penteorian proses menghasilkan sesuatu teori. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téo.ri] | تيوري

Definisi : /téori/ 1 andaian yg dpt dihuraikan utk menerangkan sesuatu perkara: ~ linguistik; ~ ekonomi. 2 prinsip yg terbukti kebenarannya dan dijadikan sbg dasar perkembangan sesuatu ilmu: ~ graviti; ~ kinetik. ~ atom ist teori yg menyatakan bahawa semua jirim terbentuk drpd atom dan semua atom dlm sesuatu unsur adalah serupa. ~ ion ist teori yg menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami perceraian elektrolisis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teori (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peraturan, hukum, andaian, pendapat, prinsip, hipotesis, idea, sintesis.,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Teori-teori perolehan bahasa dan pemelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran bahasaMarzuki Nyak AbdullahDewan Bahasa5 January 1987
Teori-teori analisis kesalahan dalam proses penguasaan bahasaMohd. Daud YusofDewan Bahasa1 May 1984
Teori-teori penguraian bahasa secara ringkasSaedah SirajDewan Bahasa1 June 1985
Teori-teori pemerolehan bahasaMarzukhi Nyak AbdullahJurnal Dewan Bahasa1 September 1993
Teori-teori tentang asal usul bahasaMarzukhi Nyak AbdullahJurnal Dewan Bahasa1 June 1993
Penerapan teori-teori pemerolehan bahasa dalam kaedah pengajaranbahasaSaedah SirajDewan Bahasa1 March 1985
Stilistika dan teori-teori semantikSimanjuntak, MangantarDewan Bahasa1 December 1988
"Kematian" naratologi dan penilaian semula teori-teori naratifNoriah TaslimDewan Sastera1 November 2003
Bahasa berirama dari sudut pandangan teori lakuan bahasa, teori Grice dan teori RelevansZaiton IsmailDewan Bahasa1 January 2003
Teori evolusi lawan teori struktural fungsionalRahmat Hidayat SabariDewan Budaya1 May 2006
12345678910...

Kembali ke atas