Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téo.ri] | تيوري

Definisi : (téori) 1. pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu per-kara dll: banyak ~ dikemukakan menge­nai kehidupan pd masa prasejarah; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: ~ ekonomi; 3. asas, dasar (bukan amalan atau apa yg biasanya berlaku): pd ~nya raja yg memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya baginda menurut nasihat jemaah penasihatnya; ~ atom (Fiz) teori yg menganggap bahawa semua jirim terbina drpd atom; ~ domino teori sains politik yg beranggapan bahawa kejatuhan salah satu negara di Asia Tenggara ke tangan komunis akan menyebabkan ke­mung­kinan semua negara Asia Tenggara akan diambil alih oleh pihak komunis; ~ ion (Kim) teori yg menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis; berteori membentuk atau mengemukakan teori: sekarang ini terlalu ramai yg suka ~ dan bercakap; berteorikan berdasarkan sesuatu sbg teori; menteori membentuk suatu teori: Fish gagal ~ konvensi pembacaannya; penteorian proses menghasilkan sesuatu teori. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téo.ri] | تيوري

Definisi : /téori/ 1 andaian yg dpt dihuraikan utk menerangkan sesuatu perkara: ~ linguistik; ~ ekonomi. 2 prinsip yg terbukti kebenarannya dan dijadikan sbg dasar perkembangan sesuatu ilmu: ~ graviti; ~ kinetik. ~ atom ist teori yg menyatakan bahawa semua jirim terbentuk drpd atom dan semua atom dlm sesuatu unsur adalah serupa. ~ ion ist teori yg menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami perceraian elektrolisis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teori (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peraturan, hukum, andaian, pendapat, prinsip, hipotesis, idea, sintesis.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fourth press theoryempat teori akhbarKomunikasiTiadaGagasan teori akhbar yang diperkenalkan oleh Fred Siebert, Theodore Peterson dan Wilbur Schramm yang menamakan empat pendekatan teori akhbar iaitu Teori Autoritarian, Teori Kebebasan, Teori Tanggungjawab dan Teori Komunisme.
manifestomanifestoKesenianTiadaDeklarasi umum mengenai teori-teori dan arah haluan sesuatu pergerakan seni.
diffusion theoryteori resapanKejuruteraanTiadaTeori resapan: Teori untuk resapan zarah di dalam medium dengan menganggapkan ketumpatan arus berkadar terus dengan kecerunan ketumpatan fluks.
authoritarian theoryteori adikaraKomunikasiTiadaTeori yang menyatakan bahawa institusi akhbar harus dikawal dari segi fungsi dan pelaksanaannya oleh kerajaan. Teori ini merupakan teori akhbar yang paling meluas diterima dari segi sejarah serta geografi.
field theoryteori medan; teori medan maknaLinguistikTiadaTiada
sampling theoryteori pensampelan; teori persampelanMatematikTiadaTiada
germ theoryteori kuman; teori germaVeterinarTiadaTiada
press theoryteori akhbarKomunikasiTiadaTeori yang merujuk kepada sistem dan pendekatan pelaksanaan media di sesebuah negara. Teori yang kerap dirujuk ialah empat teori akhbar. Lihat juga: empat teori akhbar.
motivation prescriptive theoryteori preskriptif dorongan/teori preskriptif motivasiPentadbiranTiadaTeori yang menyatakan tentang cara hendak mendorong pekerja.
motivation theory processproses teori dorongan/proses teori motivasiPentadbiranTiadaTeori proses kelakuan seseorang itu bermula dan dilaksanakan.
12345678910...

Kembali ke atas