Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pat] | تڤت

Definisi : 1. betul (arahnya, tujuannya), lurus: memang sudah buntarlah bayang-bayang kerana matahari ~ di atas kepala; 2. tidak menyimpang drpd sasarannya (tujuannya), kena benar: tangannya terketar-ketar dan tidak dapat menembak bulan-bulan itu dgn ~; 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu dll), tidak berselisih sedikit pun, betul-betul: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api mel dr Kuala Lumpur ke Singapura mulai bergerak; ~ tengah hari; 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: ramalannya memang ~ sekali; 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, dll), jitu: tindakan yg ~ hendaklah diambil terhadap mereka yg tidak mematuhi disiplin bekerja; 6. kena benar (jawaban, perkataan, dll), betul: saya rasa memang ~ kalau saya mengatakan bahawa kita akan sentiasa kagum apabila berada di Pantai Timur; 7. tidak cakah atau tirus (sudut), betul-betul 90 darjah: jadikan penjurunya ~; tepatnya 1. sesungguhnya, betulnya, sahnya; 2. tegasnya; bertepatan 1. bersamaan dgn (waktunya), betul-betul kena waktunya dgn (sesuatu): surat itu sampai ~ dgn kedatangan sahabat-sahabat; 2. sama benar (dgn), tidak ber-salahan atau berlainan sama sekali (drpd), cocok (dgn): kandungan buku itu ~ dgn sukatan pelajaran; 3. = berketepatan ke-betulan pula, berkebetulan; menepat 1. langsung ke, terus ke, sampai (ke tempat yg dimaksudkan): jalan ini ~ ke Seremban; 2. = menepati menuju ke, pergi ke, menujui; 3. terus pergi ke (utk bermalam dll); menepati 1. berpegang teguh pd (janji, kata, dll), tidak memungkiri, menunaikan: orang yg sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat; 2. ber­tepat­an dgn, tidak bersalahan (berlainan) drpd: tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yg bersifat kajian sastera mahupun yg memuat­kan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dlm kajian ini; menepatkan 1. menjadikan tepat, menya­ma­kan benar, mencocokkan; 2. menujukan tepat-tepat, mengalamatkan (surat dll) kpd, mengarahkan; 3. = mempertepat menjadi­kan betul, memperbaiki; tepatan 1. tempat atau orang yg didatangi (utk menumpang bermalam dll): kaum kera­bat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman; 2. orang tempat meminta pertolongan (per­lindungan dll), tempat bernaung; 3. tempat orang datang berkumpul-kumpul dll; ~ jiwa kekasih, buah hati; ~ pandang yg diper­hatikan; ketepatan perihal tepat, atau bertepatan dgn sesuatu, kejituan: ~ ramalannya itu bertang­gungjawab menyelamatkan bandar Melaka drpd kepungan tersebut; ~ semua kajian yg selanjutnya bergantung pd ~ pengklasi­fikasian; berketepatan berbetulan, kebetulan; pertepatan persamaan (waktu dll): terdapat pula oleh kita banyak ~ berlaku dlm cerita ini; penepatan perihal atau perbuatan dsb mene­pat­kan (menepat, menepati); penepat sesuatu yg menjadikan tepat; sudut ~ dua sudut yg apabila dicampurkan merupa­kan sudut 90 darjah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pat] | تڤت

Definisi : 1 lurus arahnya atau lurus tujuan­nya: Matahari ~ di atas kepala. 2 betul-betul pd waktunya: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api itu pun berlepas dr Kuala Lumpur. 3 betul-betul pd matlamatnya atau pd sasarannya: Tembakan itu ~ mengenai sasarannya. 4 betul jawapannya, dugaannya dsb: Jawapannya itu tidak ~. Ramalannya ~. 5 betul-betul 90 darjah (ttg sudut dsb): sudut ~. bertepatan 1 bersamaan dgn waktunya: Pd tahun itu, Hari Raya Puasa ~ dgn hari Tahun Baru Cina. 2 kena pd tempatnya; sama atau sesuai benar: Ucapannya ~ dgn isu-isu hangat yg sedang diperkatakan. menepati 1 berpegang teguh pd janji dsb; memenuhi janji dsb; menunaikan: Hutang mesti dibayar, janji mesti di­tepati. 2 kena tepat pd (sasaran dsb): Tikamannya ~ sasaran. menepatkan menjadikan tepat; mengarahkan tepat-tepat. ketepatan perihal atau keadaan tepat; kejituan. penepatan perbuatan atau hal menepati atau menepatkan. penepat sesuatu yg menjadikan tepat: sudut ~ sudut(-sudut) yg apabila di­campurkan berjumlah 90 darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,

Peribahasa

Melepaskan peluru petunang.

Bermaksud :

Mengeluarkan kata-kata yang tepat. peluru petunang = peluru yang berjampi untuk mengenai sasarannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
accurateadj tepat; (of person) approp + dgn tepat: his aim was ~, bidikannya tepat; an ~ estimate of expenses, anggaran perbelanjaan yg tepat; ~ scales, dacing yg tepat; a quick and ~ typist, jurutaip yg menaip dgn cepat dan tepat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
timekeepera /good, bad /~, jam yg /tepat, tdk tepat/ waktunya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
operative~ word, perkataan yg tepat/ sekali, amat tepat/: “She’s mad about him!” “Mad is the ~ word!”, “Dia gila akan lelaki itu!” “Gila ialah perkataan yg amat tepat!”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
punctuallyadv tepat pd /waktunya, masanya/; (when the time is mentioned) tepat: the train arrived ~, kereta api itu tiba tepat pd waktunya; he left ~ at two o’clock, dia meninggalkan tempat ini tepat pd pukul dua.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
focus(be) in ~, a. (of telescope etc) tepat fokusnya: the telescope is in ~, teleskop itu tepat fokusnya; b. (of image, photograph, etc) tepat fokusnya; (colloq) terang, jelas; bring st into ~, (image) memfokus sst betul-betul pd; (optical instrument) memfokuskan sst; (be) out of ~, a. (telescope etc) tdk tepat fokusnya: the camera was out of ~, kamera itu tdk tepat fokusnya; b. (of image, photograph, etc) tdk tepat fokusnya; (colloq) tdk /terang, jelas/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inaccurateadj tdk tepat: his aim was ~, bidikannya tdk tepat; the thermometer is ~, termometer itu tdk tepat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pin-pointadj1. exact,tepat: ~ bombing,pengeboman yg tepat; with ~ accuracy, dgn tepat sekali; 2. small,kecil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exactlyadv 1. with complete correctness, dgn tepat; (ref to time or period of time) tepat, betul-betul; (used with “what”, “where”, “who”, etc) sebenarnya: he copied it ~, dia menirunya dgn tepat; it is ~ three minutes past two, waktu sekarang tepat pukul dua tiga minit; who ~ is he?, siapakah dia sebenarnya?; what ~ did you come to see me about?, apakah sebenarnya sebab kamu datang berjumpa dgn saya?; 2. just, betul-betul, benar-benar: the imitation looks ~ like the original, yg tiruan nampak betul-betul spt yg asal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facsimilen 1. exact copy, salinan tepat: ~ edition, terbitan salinan tepat; reproduce st in ~, membuat salinan tepat sst; 2. transmission and reproduction of material by radio, faksimile.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squarely2. directly,, secara tepat; (ref to the way so. looks at a particular person), tepat: if you face up to the situation ~, you will see that it will take more than money to put matters right,, jika kamu menghadapi situasi itu secara tepat, kamu akan dapat melihat bahawa lebih drpd wang yg diperlukan utk membetulkan keadaan; she looked him ~ in the eye,,dia merenung tepat mata lelaki itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas