Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pat] | تڤت

Definisi : 1. betul (arahnya, tujuannya), lurus: memang sudah buntarlah bayang-bayang kerana matahari ~ di atas kepala; 2. tidak menyimpang drpd sasarannya (tujuannya), kena benar: tangannya terketar-ketar dan tidak dapat menembak bulan-bulan itu dgn ~; 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu dll), tidak berselisih sedikit pun, betul-betul: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api mel dr Kuala Lumpur ke Singapura mulai bergerak; ~ tengah hari; 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: ramalannya memang ~ sekali; 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, dll), jitu: tindakan yg ~ hendaklah diambil terhadap mereka yg tidak mematuhi disiplin bekerja; 6. kena benar (jawaban, perkataan, dll), betul: saya rasa memang ~ kalau saya mengatakan bahawa kita akan sentiasa kagum apabila berada di Pantai Timur; 7. tidak cakah atau tirus (sudut), betul-betul 90 darjah: jadikan penjurunya ~; tepatnya 1. sesungguhnya, betulnya, sahnya; 2. tegasnya; bertepatan 1. bersamaan dgn (waktunya), betul-betul kena waktunya dgn (sesuatu): surat itu sampai ~ dgn kedatangan sahabat-sahabat; 2. sama benar (dgn), tidak ber-salahan atau berlainan sama sekali (drpd), cocok (dgn): kandungan buku itu ~ dgn sukatan pelajaran; 3. = berketepatan ke-betulan pula, berkebetulan; menepat 1. langsung ke, terus ke, sampai (ke tempat yg dimaksudkan): jalan ini ~ ke Seremban; 2. = menepati menuju ke, pergi ke, menujui; 3. terus pergi ke (utk bermalam dll); menepati 1. berpegang teguh pd (janji, kata, dll), tidak memungkiri, menunaikan: orang yg sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat; 2. ber­tepat­an dgn, tidak bersalahan (berlainan) drpd: tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yg bersifat kajian sastera mahupun yg memuat­kan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dlm kajian ini; menepatkan 1. menjadikan tepat, menya­ma­kan benar, mencocokkan; 2. menujukan tepat-tepat, mengalamatkan (surat dll) kpd, mengarahkan; 3. = mempertepat menjadi­kan betul, memperbaiki; tepatan 1. tempat atau orang yg didatangi (utk menumpang bermalam dll): kaum kera­bat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman; 2. orang tempat meminta pertolongan (per­lindungan dll), tempat bernaung; 3. tempat orang datang berkumpul-kumpul dll; ~ jiwa kekasih, buah hati; ~ pandang yg diper­hatikan; ketepatan perihal tepat, atau bertepatan dgn sesuatu, kejituan: ~ ramalannya itu bertang­gungjawab menyelamatkan bandar Melaka drpd kepungan tersebut; ~ semua kajian yg selanjutnya bergantung pd ~ pengklasi­fikasian; berketepatan berbetulan, kebetulan; pertepatan persamaan (waktu dll): terdapat pula oleh kita banyak ~ berlaku dlm cerita ini; penepatan perihal atau perbuatan dsb mene­pat­kan (menepat, menepati); penepat sesuatu yg menjadikan tepat; sudut ~ dua sudut yg apabila dicampurkan merupa­kan sudut 90 darjah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pat] | تڤت

Definisi : 1 lurus arahnya atau lurus tujuan­nya: Matahari ~ di atas kepala. 2 betul-betul pd waktunya: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api itu pun berlepas dr Kuala Lumpur. 3 betul-betul pd matlamatnya atau pd sasarannya: Tembakan itu ~ mengenai sasarannya. 4 betul jawapannya, dugaannya dsb: Jawapannya itu tidak ~. Ramalannya ~. 5 betul-betul 90 darjah (ttg sudut dsb): sudut ~. bertepatan 1 bersamaan dgn waktunya: Pd tahun itu, Hari Raya Puasa ~ dgn hari Tahun Baru Cina. 2 kena pd tempatnya; sama atau sesuai benar: Ucapannya ~ dgn isu-isu hangat yg sedang diperkatakan. menepati 1 berpegang teguh pd janji dsb; memenuhi janji dsb; menunaikan: Hutang mesti dibayar, janji mesti di­tepati. 2 kena tepat pd (sasaran dsb): Tikamannya ~ sasaran. menepatkan menjadikan tepat; mengarahkan tepat-tepat. ketepatan perihal atau keadaan tepat; kejituan. penepatan perbuatan atau hal menepati atau menepatkan. penepat sesuatu yg menjadikan tepat: sudut ~ sudut(-sudut) yg apabila di­campurkan berjumlah 90 darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,

Peribahasa

Melepaskan peluru petunang.

Bermaksud :

Mengeluarkan kata-kata yang tepat. peluru petunang = peluru yang berjampi untuk mengenai sasarannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perfect squarekuasa dua sempurnaMatematikTiada1. Nombor yang tepat-tepat kuasa dua bagi suatu nombor tertentu. Misalnya, 4, 9, 16, dan 25. 2. Polinomial yang tepat-tepat kuasa dua bagi suatu polinomial tertentu.
one and only onesatu dan hanya satuMatematikTiadaUngkapan yang digunakan untuk menegaskan tepat-tepat satu dan tiada yang lain lagi.
fine focusfokus tepatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses untuk melihat sesuatu objek dengan lebih jelas. Proses ini digunakan terhadap teodolit, mikroskop dan kamera. Fokus tepat ini bertujuan mendapatkan bacaan data yang betul dan tepat. Fokus yang tepat dapat dihasilkan dengan memutarkan lensa pada alat tersebut. Bacaan yang diperoleh akan direkodkan dalam buku log.
histogramhistogramMatematikTiadaCara untuk menggambarkan taburan kekerapan dengan kekerapan dalam tiap-tiap kelas diwakili oleh sebuah segi empat tepat. Luas segi empat tepat tersebut berkadaran dengan kekerapannya. Apabila lebar segi empat yang sama dipilih, tinggi segi empat tepat adalah berkadaran dengan kekerapannya. Berbanding dengan carta palang, tapak setiap segi empat tepat dalam histogram ditetapkan dengan sempadan kelas berkenaan. Bandingkan carta palang. RUJUK RAJAH M.S. 36
registrationpendaftaran; penindihan tepatKejuruteraanTiada1. Penindihan tepat: Pemadanan atau penindihan yang tepat bagi dua atau lebih imej, misalnya tiga warna pada kelir penerima televisyen warna.,2. Penjajaran kedudukan relatif kepada rujukan atau koordinat tertentu, seperti penjajaran lubang-lubang pada kad tertebuk, atau menempatkan imej-imej pada peranti pengecaman aksara optik.,3. Bahagian penunu yang mengarahkan aliran udara yang digunakan dalam proses pembakaran.
registration marktanda tepat cetakKesenianTiadaTanda tepat cetak: Tanda yang dibuat pada kertas cetak supaya cetakannya tepat dan tidak lari.
truthful presentationpersembahan jujurHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat keberkesanan produk kosmetik yang betul, tepat dan dipercayai tepat berasaskan bukti terkini serta boleh diterima umum. Persembahan jujur dipamerkan atau dinyatakan dalam bentuk iklan, label atau sisip pada bungkusan dan risalah. Pemegang pemberitahuan kosmetik harus mematuhi persembahan jujur yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Kosmetik di Malaysia.
rectangular plantingpenanaman segi empat tepatPertanianAgronomi

Penanaman tanaman saka seperti kelapa sawit, getah dan buah-buahan yang menggunakan ukuran atau dimensi segi empat secara tepat. Penanaman jenis ini sesuai untuk keadaan tanah yang rata. Contohnya, untuk tanaman getah, jarak tanaman segi empat tepat ialah 3 meter x 3 meter persegi.

just intonationintonasi tepatKesenianTiadaTepat pada intonasi dan jeda.
right conekon tepatKejuruteraanTiadaKon yang paksinya bersudut tepat dengan tapaknya.
12345678910...

Kembali ke atas